aku dah lupa berapa haribulan pergi kem ni. tapi dalam bulan 9 lah. seriusly kem ni AWESOME gila! disebakan ke-awesome-man inilah, maka berparut kaki tangan aku. Sekarang ni dah naik ke muka bintik bintik merah. Please baca sampai habis.
HARI PERTAMA ( Pusat Kokurikulum, 9malam)
Hari first, (malam) kitorg sampai di Pusat Kokurikulum kat kuantan. kitorg diberi beg galas tentera dan barang barang asas. ok then, maximum 3HELAI baju sahaja dibenarkan bawak untuk kem 5HARI. masa tu aku shock gila, otak buntu. Sebab aku expect kem ni macam kem biasa, guna khemah dan berkhemah setempat. Tapi kem ni, LUAR BIASA beb. punyalah aku seret beg roda, dan kemas kemas baju dengan kawan kawan baru kat Pusat Koko tu.
Kemudian, satu kumpulan dibekalkan makanan. Hello, kau egt dia sediakan burger, nasi lemak, roti canai? tinggi sgt expectation kau tu. Diorg bekalkan roti, garam, gula, bawang, minyak masak, lilin dan brg masakan asas yg lain. pepandai lah kau bincang dengan group sendiri, sapa nak bwk makanan yg banyak gila (untuk 5hari) . group aku, semua aku tak kenal. tapi aku main redahnya. (OMG) aku cuba untuk berfikir secara waras. (beg mgkin dalam 15kg) - berisi pakaian dan makanan
Malam tu jugak kena siapkan semua barang keperluan sendiri dalam beg galas tentera yang diberi. Malam tu tuan kem suruh kitorg minum air mineral satu botol. Kat situ jugak dia suruh habiskan sebotol air! Aku la paling susah minum air mineral ni. terbatuk batuk habiskan. katanya, supaya kitorg tak demam esok. lepastu bawak brg sendiri pergi surau dan tidur! ya akhirnya.
p/s: Kem ni bergerak dalam kumpulan. ada 6kumpulan, setiap kumpulan ada 10ahli.
sekolah aku hantar 6 org dan takde guru pengiring, so kitorg berhuhuhu dalam kem ni.
(nobody care about us, pepandai hidup k) sambung ke HARI KEDUA