Instagram : @artotes.co

Dapur Kekja : Twister

Assalamualaikum. Selamat petang! harini nak perkenalkan makanan baru berserta resepinya. Hehe. kurang pasti apa nama makanan ni, tapi sempat ber'google' tadi. kemungkinan WRAPS nama dia. huhu, ni resepi mak saya. saya dah serap dah ilmu tu. mari serap bersama (Twister actually - updated 2019)


(Ni hasil air tangan saya. sambil tu boleh follow ig kikiki)

What you need?

1- Wraps. 
(ada jual di pasaraya)


note: Pantai Selamat (Muadzam Shah) di bahagian sejuk. carilah sampai jumpa, bukak mata luas luas. HAHA

2- Salad (tambah tomato pun boleh)


3- Sekeping dada ayam. 
(sbb nanti nak potong mcm popcorn)


4- Tepung BESTARI SPICY 




5- Sos Life Thai + Mayonis Ladies Choice



HOW TO MAKE IT?

1- Dada ayam dipotong panjang/ popcorn (seperti gambar di atas)
2- Basuh ayam tu, kemudian gaulkan dengan tepung BESTARI SPICY.
(bagi yg alahan spicy macam saya, sila guna sarung tangan ye)
3- Panaskan minyak dan goreng ayam tu!
4- dah siap goreng, tapis minyak. 

5- Ambil sekeping WRAPS kemudian panaskan.
6- Agak agak WRAPS tu dah gelembung, terbalik terbalikkan.
(panaskan sekejap je, nanti hangus)
7- Angkat WRAPS, letak atas pinggan

8-Basuh salad, dan ambil satu atau dua helai salad kemudian letak atas WRAPS
9- Letak dua atau tiga ketul ayam yg sudah digoreng tadi, di atas salad.
10- Kemudian letak sos+mayonis atas ayam itu.
11- Lipat bahagian bawah, dan gulung!

Lapisan pertama : WRAPS
Lapisan kedua : Salad/tomato
Lapisan ketiga : Ayam goreng popcorn
Lapisan keempat : Sos+mayonis

lipat dan gulung! Siap! Makan cepat! Haha

p/s : tak faham boleh tanya. dah faham boleh try. Kbye!















1 Comments

Komen anda amat saya hargai!

Previous Post Next Post

Contact Form