Pada malam ini. baju dibasahi peluh, kepala berdenyut (perkara biasa setiap kali habis sukan, taktahu lah perkara "biasa" atau sebaliknya) baru balik training taekwondo. kesedihan di hati makin hari makin pelik tendangan, skill haprak. Apeniii . ok stop , bukan nak cerita pasal taekwondo.
hehe, mukadimah untuk apa yang berlaku saat ini. baiklah, malam ini ditemani seketul cahaya dari syiling rumah menghala ke meja komputer bersama kipas dinding kuasa 2 . saya nak review buku-buku di atas .Alhamdulillah kesemuanya sudah habis saya baca dari kulit ke kulit. Jangan tanya berapa lama saya habiskan. Ada yang dalam masa satu hari, ada yang berhari-hari jugak. Semoga bermanfaat, dan boleh jadikan cadangan NEXT BOOK-TO-READ kepada ulat buku sekalian.
CERITA & CINTA
Cerita & Cinta karya Irine Nadia dan sedikit coretan dari suaminya, Vel Oliver. Siapa tak kenal pasangan ini? sangat tabah dan kuat family dia ni. Buku ini mengisahkan tentang diri dia (Irine Nadia) sebelum dan selepas kahwin. Beliau berkahwin pada umur 19/20 cemtu lah. Dia juga merupakan inspirasi saya sebab tu beli buku dia ni. Korang takkan percaya semua yang dia cerita dan perkara yang dia alami sewaktu dia berumur 19-24 cemtu lah. Jadi kalau nak jadi remaja yang bermotivasi boleh follow up cerita dia. Terutamanya pengalaman yang dia cerita dalam buku ni sangat membantu. Kalau dia boleh, mengapa tidak kita? but porrrrrrrr me : " Action speaks louder than words". Achieve it!
KUN ANTA
Kun Anta karya oleh tiga orang penulis iaitu Ustaz Syed Abdul Kadir AlJoofre , Faris Zulkharnane dan seorang lagi merupakan idola saya sejak kecil lagi iaitu Heliza Helmi. dan sebab itu jugaklah saya beli buku ini. hehehe..Buku Kun Anta ini diisi dengan pelbagai cerita & sejarah islam yang dapat menjadi tauladan buat kita. disokong pula dengan ayat suci Al-Quran dan Hadis. MashaAllah, bertambah-tambah ilmu dikk oi kalau ko beli&baca. Ada juga perkara yang dapat saya ambil dan amalkan. Objektif buku ini , ingin memberitahu kepada kita supaya Kun Anta atau Be Yourself. Takperlu hipokrit, takperlu nak bertopeng atau sebagainya. Macam mana nak jadi diri sendiri ni? "Jadilah diri mu , sucikan hati, hiasi pekerti" . kalau tak faham jugak, boleh beli buku ini dan baca sampai habis. Semoga dengan itu dapat menjelaskan dan membuka ruang dalam hati kita untuk sentiasa Kun Anta :)
PESANAN BUAT DIRI
Konklusinya : Jadikan buku-buku di atas sebagai koleksi buku-buku anda. Buku-buku ini sangat membantu dari segi rohani dan dapat "membersihkan" pemikiran anda. Tapinya, jangan lupa untuk membaca penghulu segala kitab iaitu Kitab Suci AL-QURAN. Inilah kitab yang terulung dan tiada tolok bandingnya. Jadikan Al-Quran sebagai teman sejati, bacalah setiap hari kerana di akhirat nanti. Kitab ini akan mengiringi . Saya sangat teringin untuk bertaddabbur Al-Quran. Sangat ghairah untuk mendalami Al-Quran , untuk faham kesemua cerita dalam Al-Quran. Saya sangat teringin untuk ber Usrah dalam satu bulatan bahagia, berkongsi ilmu akhirat dan bertaddabbur Al-Quran. MashaAllah. InshaAllah, satu hari nanti akan menjadi kenyataan. Allahumma Aamiin
Pesan saya : kita sebagai seorang wanita terutamanya, perlu dan sangat perlu menimba ilmu. Mungkin kita tak dapat nak jelajah dunia atau bermusafir untuk mencari ilmu tapinya pada era ini, semuanya di hujung jari. Carilah ilmu yang bermanfaat, terutamanya ilmu agama. Cari, kejar, genggam ilmu agama dalam hati ini sebab nanti kita nak bimbing anak-anak begitu juga nak bimbing suami. Mungkin awak kata suami yang patut bimbing kita. Yaaa memang betul, tapi ingat dia pun manusia. Jadinya kena saling mengingati. Kita kena lebih berpendirian, bermotivasi untuk kita pimpin dan bimbing keluarga kita nanti. Sebab ada sebuah kisah dalam buku " Kun Anta" yang bertajuk "Seorang ibu kekuatan seribu lelaki" . Dalam kisah ini menceritakan seorang ibu yang mendidik anak-anaknya menghafal Al-Quran sejak kecil lagi. Anak dia berumur 9 tahun sudah hafal 30juzuk Al-Quran. MashaAllah Tabarakallah. Saya taktahu kenapa hati saya bergetar saat membaca kisah ini. Ayahnya orang biasa, tak alim langsung. Tapi ibu dia.... Lihatlah betapa pentingnya peranan seorang ibu dalam mendidik anak-anak.
Jadinya, saya juga ingin berpesan pada diri sendiri. Jangan terlalu berharap untuk mendapat seorang teman hidup yang perfect atau erti kata lain , bijak dalam segala hal. Jadi lah dulu sepertimana yang saya inginkan. Berusahalah dan jadilah dulu sepertimana yang saya inginkan. sepertimana yang dijelaskan dalam Surah An-Nur ayat 26 . wallahualam
Tags:
Kekja Read