Cuti 5 hari sempena Hari Depavali dan tinggal 3 hari persekolahan yang akan penuh dengan persiapan akhir tahun dan majlis bersara pengetua. Kemudian, cuti 2 hari dan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Rabbi yassir wala tuassir , rabbi tammim bil khair . Allahurabbi. fuhh, tarik nafas dannnn hembus perlahan. heee
Okay, harini masak spagetti. Jom masak!
BAHAN :
- Spaghetti San Remo
- Prego Mushroom
- Mushroom
- Ketulan ayam
- Bawang merah - 2 biji yang kecil/sederhana
- Bawang putih - 6ular yang besar
- Garam, serbuk lada hitam, Sos Jalin
CARA MASAK :
- Rebus spagetti sampai lembut
- Tapis dan tuang minyak (zaiton/masak) sikit sambil tapis supaya tak melekat dan spagetti jadi licin.
- Bawang merah potong dadu. (potong dua dulu, kemudian potong tiga dan potong dadu)
- Bawang putih diketuk dan hiris kecik-kecik
- Panaskan minyak
- Masukkan bawang putih sehingga kuning/agak coklat
- Masukkan bawang merah dan sos jalin.
- Masukkan ayam dan masukkan prego.
- Gaul bagi sebati dan masukkan secubit garam
- Gaul dan tunggu mendidih (pastikan ayam masak) (sambil tu masukkan serbuk lada hitam)
- Dah mendidih, masukkan cendawan.
- Gaul dan tunggu mendidih lagi.
- Kemudian, tutup api. dah siap!
p/s : Nampak macam banyak step padahal benda yang sama je. hehehe, okay, semoga faezah ingat dan faham bila baca balik ni. Haha, not in mood. takboleh lama-lama di sini. I need to study. Bye!