Instagram : @artotes.co

Respect My (PMS)

Assalamualaikum. Hai! Harini terdetik untuk cakap pasal Pre-menstrual Syndrome (PMS) atau Sindrom Pra-haid. Perkara ini memang normal bagi seorang wanita sebelum kedatangan haid kan? Apa yang penting sangat sampai nak buat entry pasal ni? Sebabnya, PMS sangat memberi kesan dalam kehidupan seorang wanita dan orang-orang disekelilingnya. Setiap wanita akan alami simptom yang berbeza dan paling penting adalah RESPECT MY PMS.





Setakat ini, simptom yang di gambar atas adalah apa yang saya alami. Tapi sifat pemarah itu dah berkurang. Time sekolah je selalu kena simptom tu sebab serabut dengan orang-orang kat sekolah dan orang-orang di rumah. Sebab apa jadi marah? Sebab emosi tak stabil. Haaa berkait kan? Simptom paling ketara pada saya adalah sakit pinggang. Rasa macam dah takde pinggang. Bila start rasa sakit pinggang, duduk tak senang. Baring pun tak tenang. Tunggu masa yang "ditunggu-tunggu" tu datang baru rasa tenang.

Tapi sekarang saya dapat simptom baru iaitu murung dan mudah lupa. Ya! Masa saya form 5 , saya ada belajar chapter ni. Pelik juga ada simptom mudah lupa. Macam mana lah agaknya boleh jadi mudah lupa? Okay, mungkin ini dari simptom emosi tak stabil. Masa tu, saya pun tak sure apa emosi time tu. Too complicated! sampai jadi murung. sampaikan orang cakap apa pun dah tak fokus dan kadang-kadang lupa. Padahal baru je orang tu cakap/ajar sesuatu. Kena betul-betul push diri sendiri untuk fokus tapi rasa macam saraf otak tegang. Haha, sebab tu decide untuk berdiam diri (murung). Kalau orang buat lawak time tu pun, tak rasa nak gelak pun walaupun satu dewan dah berdekah. Nampak tak kuasa PMS tu?

Sebelum ni saya kena macam tulah, tapi saya terpaksa datang untuk bagi komitmen. Kiranya saya mengalami PMS dan terpaksa berdepan dengan orang ramai. I hate that! sebab tak semua orang berfikiran rasional. Sebab tulah, Respect My PMS! Tapi alhamdulillah, saya still boleh bagi komitmen dari segi melontarkan pendapat dan jawab soalan dengan betul bila ada orang tanya. Maknanya, time PMS kan tengah murung. Saya akan jadi pendiam, jadi pemerhati macam sibuk dengan dunia sendiri. Kalau orang tak berfikiran rasional, diorang akan cakap kita ada masalah jiwa. OMG tak! Ini hanya PMS. Orang akan anggap kita bad mood atau ada masalah. Diorang takut nak cakap dengan kita sebab takut kena tengking. Kalau dengan saya, saya taklah menengking. Even saya tengah berperang dengan PMS ini pun. Saya tetap akan cuba profesional sebab saya taknak menyesal dengan tindakan saya. Okay, itu satu.

Jadinya, semua orang . ok SEMUA ORANG. Lelaki dan wanita kena ambil tahu pasal PMS dan cuba  untuk RESPECT. Sebab ada yang memandang remeh dan memperlekehkan bila seorang wanita tu tengah bad mood atau tertonggeng menangis dalam kelas sebab senggugut. Paling penting kena tahu jugak yang PMS tiada ubatnya! Kita kena enjoy dengan PMS kita sehinggalah kehadiran "dia" itu. Boleh jadi PMS ni macam sindrom orang mengandung juga sebab ada yang sampai muntah-muntah dan macam-macam lagi. Itu semua nasib masing-masing lah, takboleh nak pilih. Hanya boleh enjoy that moment. 

Okay, itulah kuasa PMS terhadap kehidupan seorang wanita. what people need to-do? RESPECT MY PMS. //  MY is mewakili kita wanita-wanita jelita *flip shawl


Psttt! jangan lupa walk ke blog pengedar shaklee yang sah ini ohmyvitamin.blogspot.com untuk membantu anda dalam masalah PMS yang teruk! 


Post a Comment

Komen anda amat saya hargai!

Previous Post Next Post

Contact Form