Lama dah tak update, harini muncul dengan topik pelik seorang gadis 18tahun (to-be) which is Diary of Baby. Selama jadi babysitter ni, why not kita ambil dan belajar tentang baby. Yelah satu hari nantikan ada baby sendiri jugak. (Aaamiin) , ok twit! People nowadays selalu macam tak pandang pentingnya setiap percakapan. I mean, kata-kata itu adalah doa. Contohnya bila sekarang ni kita baru nak jejak 18tahun tapi ada yang tanya " Bila nak kahwin?" . Even memang lah kita rasa macam APAHAL DIA NIHH AKU BARU NAK-UP 18 KOT. Tapi jawapan yang kita bagi itu juga doa. Sifat doa tidak dimakbulkan time tu jgak! TIDAK. Maksum sangat kah kau sampai petik jari, sebut apa semua terkabul time tu jugak? So, kalau ada orang tanya pasal kahwin, anak dan sebagainya yang kita tak perlukannya sekarang tapi kita sangat perlukan dalam kehidupan depan. Jawablah dengan baik, kerana kata-kata kita adalah doa. Sebab doa itu akan dikabulkan, tepat pada masanya. Mana lah tahu, harini kita jawab yang baik, dua tahun lepastu dikabulkan. Kita taktahu. Bersangka baik pada Allah ok :)
Okay sempat pulak selit mukadimah tuh. Hehe, Baby Talk harini adalah pasal apa yang baby selalu buat. So far, saya jaga 4 orang baby. Eh, pembetulan. Tolong mak jaga 4 orang baby. Hihi, 3 orang baby masih dalam 5,6,7 bulan. Yang atas nun, #Huzair. Paling bongsu, 5bulan dah. Selalunya rutin dia ni, Tidur-Bangun-Mandi/Susu-Main-Tidur (ulang balik) ok tu je. Ada masa dia menangis tu sama ada nak tidur atau nak susu. Tu je. Tapi kalau dia nangis tanpa bagi hint. Masuk buai, terus berenjut sampai tidur. Setel! Hahaha. (Boleh je mandikan baby dulu, pastuh baru bagi susu. Depend pada keadaan baby masa tu. Kalau dia dah lapar, nangis-nangis. Bagilah susu dulu, pastuh mandikan) Lepastuh, check pampers dia selalu. Dan tukar pampers+cebok (atau spray air) sebaik sahaja dia dah poop. Jangan biarkan baby dalam keadaan ber-poop lama-lama. Not good, no no. Sebelum bagi susu/makan pun, check pampers. Jangan bagi baby menyusu/makan dalam keadaan tak bersih/tak selesa. Take a good care of your baby. #Tips
Part paling rasa bosan lah jugak dan tak dapat nak istiqamah bila dia ajak main. Dia pulak tak boleh meniarap lagi kepala berat. HOH HOH HOH! Tak sure nak main apa dengan dia, kalau tinggal nanti nangis. So, layan lah. Em yerp! Dan bila kita dah rasa betapa HERRRRR bila dia bukak mata dan nak main tuh. Terus rasa nak bagi dia tidur lama-lama. Kiranya layan jelah sampai dia penat, pastu tidurkan dia. Memang rasa lega bila baby dah tidur, dan pastikan dia tidur lama. TIDUR SECUKUPNYA! sebab kalau dia tak cukup tidur, dia akan meragam. Ofkos! Semua salah dan nangis all the time. So, untuk baby bawah 5bulan ni. Pastikan dia tidur secukupnya. Tidur terlajak pun takpe, jangan sampai tak cukup tidur. Bahaya! kerana itu akan menganggu emosi anda juga bila dia nangis tak henti. Haha, I can feel that bila kita tengah tidurkan anak pastu orang lain kejut ajak main. OMG, hahahah hmmm tak patut ok. Fahamilah
Bila baby cukup tidur, mood dia baik sangat! Nak bagi minum susu pun senang. Semua senang lah. Tapi semuanya depend on baby jugak. Setiap baby tak sama. Serius tak sama. Haha, so kena pandai control emosi itu penting! Ummi tolong rileks all the time, please. Sentiasa chill hadapi kerenah baby, sangat penting. OH-INI SANGAT PENTING OK. Okay itu sahaja, ringkas sahaja harini. Semoga bermanfaat untuk masa depan-depan nanti. Heheh
Lots of love,
Kekja Babysitter - 2017