Instagram : @artotes.co

Result SPM16

Rabu (15/3/2016)

Bismillahirrahmanirrahim, dengan penuh rasa rendah diri dan rendah hati aku hanya mampu menunduk dengan segala takdir yang telah tertulis. Esok adalah harinya, jauh di sudut hatiku. Aku "sudah pun" pasrah dengan segala takdir. Jujur, hati aku tenang menanti hari ini (16/3/2017). Tiada debaran, getaran mahupun kehadiran rama-rama di dalam perut (LOLOLL). Sebab RESULT itu TAKDIR. Apa yang akan terpapar nanti, itulah jawapannya dan tidak boleh diubah. Jawapan bagi setiap usaha dan doa aku . Ya Allah, 5tahun aku bertahan dan berjuang. Aku percaya, result itu nanti bukan sahaja hadiah bagi setiap usaha belajar aku tetapi juga untuk setiap usaha mujahadah di jalan-Mu. Walaupun kadang aku tersungkur, tetapi demi Engkau, Ya Allah! Aku tak sempurna, tapi aku tetap ingin teruskan. Indahnya hidup bertuhan, hanya Allah yang tahu dan kerana itu juga. Tabahnya saudara kita di Palestin sana! Kerana hidup bertuhan, kerana percaya kepada ayat ini :



Khamis (16/3/2015)

Bismillah, okay ini lah harininya. Pagi tu, dah kurang senang. Duduk tak kena, makan minum pun takboleh nak masuk dah. (tapi sumbat je nestum) tak nervous pun cuma rasa tak senang duduk. Haha. Pastuh tenang-tenangkan diri menyanyi jerit-jerit sikit. (you should selawat ok) mueheh pastuh, dalam pukul 10pagi mandi dan bersiap nak pergi bandar dulu. (drive sendiri je) Lepas mandi tuh, dah rasa tenang dan chill sangat. Rasa macam datang untuk reunion pastuh bagi hadiah SA je. 

Sampai kat sekolah dalam pukul 11.15pagi. Jumpa kawan-kawan semuanya rileks, senyum-senyum. Gelak-gelak! Aku pun senyum je dari awal sampai habis. Rupanya diorang tu dah check result guna SMS. cisss! bila ditanya kenapa korang senyum je ni? Pastu diorang cakap, dah check dah result. Aku pun macam, oh yeke? Tahniah *dalamhati* (mesti result dia gempak, tu yang senyum semacam masing-masing ni) Pastu tetiba diorang cakap, emm dah puas dah nangis kat rumah tadi. Tu yang senyum je ni. *ME (LOLOLOLL nasib baik aku cakap dalam hati je tadi)

Lepastu semua masuk Dewan Besar sekolah, duduk pastu borak. Takde apa pun yang tragik sebab semua orang rileks. Dah kenapa tah! Pastu dah tiba saat diumumkan result. Cikgu hanya umum yang dapat 8A, 7A,6A sahaja. (for your information, sekolah saya tiada yang straight A) dan nombor dua TERBAIK dalam daerah! Tu je. Haha. Masa nak diumumkan result, rasa macam nak ambil award AME tuh. Haha, dan ku genggam erat tangan dia nih untuk dapatkan kekuatan tu!


Okay 8A dah umum. Bila part 7A dan 6A, berduyun kawan-kawan lepak gossip aku tuh. Naik pentas! sampai pipi aku krem sebab senyum lebar sangat. Seriously aku tumpang gembira tengok kejayaan minah-minah potpetpotpet aku tuh. Tahniah minah-minah semua! Haha. Korang memang layak dapat kejayaan sebegitu. Yey! Macam tulah perasaan yang di bawah ni melihat yang di atas tuh sampai tak sedar nama dia tak disebut pun naik pentas. Maknanya Kekja bukan dari golongan mereka, gituh. TAKPE

Selesai umum tuh, beratur kat depan meja setiap kelas untuk ambil result sendiri yang tak diumum tu. Okay, nampak meja ada tulis NILAM 2. Akulah orang pertama yang bangun dari kerusi sebab nak pergi ambil result. Semua kawan-kawan menjerit kecil "pae sabar pae". "duduk pae". "jangan tunjuk sangat pae" (maksud diorang, jangan tunjuk sangat keterujaan nak ambil result cemerlang tuh, Hahaha) . Aku pun tersengih pastu duduk. Bila orang lain dah bangun, baru lah aku bangun pastu berlari anak pergi beratur. (taktahulah kenapa excited sangat nih) Aku orang kedua yang beratur ambil result, pusing belakang nak cari Aini. Dia masih di kerusi. Ambil feel kot tu. Pastu eh ada Master Mustahna di belakang aku. LOLOLL masa ambil result PT3 pun dengan diorang. Lepasni nak sama-sama ambil result apa pulak?

Okay bersalam dengan guru kelas, ambil slip keputusan dan sijil berhenti sekolah. Aku terus pergi duduk kat kerusi semula. Tak tengok pun result tu. Tapi ada classmate laki yang sibuk-sibuk je nak tahu result kiter! Pastu tetiba aku rasa malas nak tengok result sendiri. Haha. Okay, sepanjang korang baca entry aku ni. Aku belum tahu lagi result aku berapa?! Haha. Aku duduk kat kerusi, pegang slip keputusan pastu main cak-cak dengan slip tu. sebab tetiba rasa takut lah sikit. and finally aku bukak dan tengok result sendiri..
.
.
.
.
.
.
.
.
.

 ALHAMDULILLAH x100 



Result aku macam just nice. Alhamdulillah, inilah berkat doa mak, doa mak, doa mak, doa abah, doa cikgu-cikgu, doa adik-beradik, doa kawan-kawan. Inilah kuasa doa! dan alhamdulillah, doa aku dimakbulkan. Aku mohon doa semoga aku dapat result spm yang terbaik buat aku, untuk seluruh kehidupan aku dan juga agama aku dan jadikanlah aku redha akan segala ketentuan-Mu. Inilah result yang terbaik tuh, yang Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk aku. (berbalik pada surah Al-Baqarah ayat 216 di atas tuh) dan redha itu, apabila tenang menanti hari dan tengok result sendiri.


walaupun Addmath kontra di situ, alhamdulillah LULUS. Haha, sekeping kertas nilah yang membuatkan kita (batch99) menjadi petani di rumah (tanam anggur tak berbuah) LOLOLL/ Satu dah settle! Alhamdulillah.


Ulasan result spm

  • BM, aku target A+ sebab subjek fav! Karangan kalau tak sampai 6 mukasurat, tak sah! Tapi Allah bagi A , sebab itu yang terbaik untuk aku.
  • BI , aku tak target sebab paling common sepanjang hidup dapat B je. Tapi Allah bagi A-, sebab itu yang terbaik untuk aku.
  • PAI, aku target A+ sebab subjek fav. ofkos! study menghafal je subjek ni. Tapi Allah bagi A, sebab itu yang terbaik.
  • SEJARAH, aku tak target sebab since form 1 subjek ni aku tak pandang pun. Dulu failed, pastu D sampai form 5. Trial spm baru dapat kesedaran study, so dapat B+, dan begitulah SPM. Alhamdulillah
  • MATHEMATIC, aku tak suka mengira. tak berminat dengan nombor sebab macam complicated. Waktu sekolah rendah, selalu failed. Waktu amek UPSR baru dapat kesedaran, study dan dapat lah A (tu pun sebab abah yang ajar math kat rumah. thankyou MY HERO). Pastu baru lah sedar yang aku ada bakat jugak dalam mengira. Aku tak suka mengira, macam buat jalan kira pastu kena fikir betul-betul. Tak suka! Aku suka mencongak je, tak semua dalam math boleh congak. So, dapat B okaylah. Alhamdulillah, okay je.
  • ADDITIONAL MATHEMATIC, ulasan seperti di atas. Haha. Lulus pun dah bersyukur, alhamdulillah
  • PHYSICS, subject ni lagi teruk dari addmath. Form4, dapat G. Form5, maintain D. sebab tak faham langsung. Lepastu Master Mustahna tolong di saat akhir. First time dapat B. Masa bila tu? Masa result SPM keluar, tengok lah. This man kan, ish. May Allah bless him
  • CHEMISTRY, subjek fav antara 4 subjek tambahan. Form4, awal tahun E. Akhir tahun, A- bila dah Form 5, maintain C. Alhamdulillah pernah jadi mentor experiment even dapat C. Bersyukur sangat dapat spm dapat B. Alhamdulillah
  • BIOLOGY, my second fav subject selepas chemist. Memang maintain C, dan spm dapat B. Alhamdulillah. 

Apa yang aku boleh simpulkan, rasa bersyukur dan bahagia dengan result sendiri itu lebih penting. Bijaklah dalam berdoa. Result cemerlang macam mana pun, kalau kita tak bersyukur. Tak bahagia jugak. Hati tak tenang. So, minta lah supaya redha dengan segala takdir yang Allah dah tentukan. Redha dengan kehidupan kita. Jadikan kita redha hadapi dugaan yang tak diduga. In shaa allah, rasai hidup bertuhan. Takde siapa boleh kalahkan rasa bahagia dalam hati kita. Sebab bahagia itu perlu dibina, bukan dicari. Stay strong for the whole life for the sake of Allah! Let's go to another stage of life. Bismillah 
/
ada nak suggest saya sambung mana?

Post a Comment

Komen anda amat saya hargai!

Previous Post Next Post

Contact Form