Instagram : @artotes.co

My little Travel : #FoodHunterSatisfied

3/5/2017 (Rabu) - East Coast Mall, Kuantan Pahang #FollowYourLead

Oke hai. This is my little travel with my devoted food hunter - Nazlyathul Aini Nasip. Yey! We are soooo satisfied with our little travel kan Aini kan. Heheh, so this is note for me untuk lebih cermat dan bijak bila ber-day out dengan my girls. Hiksss.. Alhamdulillah my third (little) achievements! Alhamdulillah, hadza min fadhli rabbi :')

Firstly adalah tambang naik bas. Setelah di tolak tambah, tambang bas paling mahal kalau nak dibandingkan dengan makanan-makanan yang kami shopping. LOL // So, hope lah kengkawan kita ada yang berkereta nanti. Pasal driver jangan risau, semua dah berlesen. Hehe. Kami naik bas tingtong Maraliner (RM10.60), pergi dan balik so digandakan dua. RM21.20 - tambang bas sahaja. Lol //

Lepastu kita breakfast roti canai jeh kat kedai mamak TAJ depan ECM, berserta air suam dan air sirap. RM5.70 untuk dua orang. Lepastuh cari toilet.. eh tu pun nak cerita ke? Takpayah kot sebab toilet free. Em teruk perangaii.


Disebabkan hari rabu, so tiket wayang murah sikit! Kitorang tengok citer Guardians Of The Galaxy.Vol 2 .. Sebab aku dah tengok yang first, cuma Aini je tak tengok habis yang first tuh. dan tak menyesal pun sebab still kelakar citer tuh. Kita akan selalu ingat, "I am Groot" , "I'm Groot". Ah comel! Tiket RM18.00 untuk dua orang. Murah kannnnnnnnn, lebih murah dari tambang bas. Haha!


Lepastuh ajak Aini main game sementara tunggu waktu tayangan. So, sewa lah kad untuk game tuh (RM10.00) dan topup (RM5.00) untuk kad tuh. RM5 tuh macam token lah, tapi guna kad. Pastuh main 3 jenis game je yang sempat.. Then, pulangkan kad tuh dan orang tu bagi balik RM5.00. Pelik, patutnya dia pulang RM10.00. Apenii? takpe, terus berjalan beli popcorn set (RM12.00) *berdua. dan mencari Hall 6.

Habis tengok wayang, dah tengahari. Aini lead, pergi makan kat Boat Noodle. Aku tahu pasal Boat Noodle sebab ada minah pink kat ig tuh suka makan kat Boat Noodle sampai bertingkat mangkuk tuh. Bukan mangkuk tingkat tau! Keliru lah tu. Hiksss, so ini first time try. Baiklah, rasa dia just nice dan tak over sangat. Senang citer, sedap! tapi masam sikit sebab Thailand eh. Murah pun ye jugak. Di sebabkan first time, aku try semangkuk je dulu. Beef Thai Rice Noodle. Aini makan dua mangkuk, Beef Thai Rice Noodle and Chicken Thai Rice Noodle. Alamak terliur pulak sambil taip entry nih.. so, kat Boat Noodle kita spend (RM5.70) sahaja. Lepasni nak makan banyak-banyak sampai boleh buat menara!



Lepastuh konon nak teman Aini beli baju, Iolls okay je sebab tema diri #FollowYourLead & humble. Haha! Lepastu macam jiwa masing-masing nak try makanan. Dia pun ajak pergi satu kedai aiskrim kat tengah mall tu.. TPF ECM Mall, camtulah yang tertera kat resit tuh. sebab Aini pernah try makan kat situ, so kita pun makannnnn situ. Inilah dia, serius Chocolate Snow Ice (RM9.45) tuh sedap! + Beancurd Skin Sweet Soup (RM6.68) is emmmm nice. Ada telur puyuh dalam soup tuh! Nasib baik, feveret. So, not bad untuk soup I.



Sebelum balik, kita beli sedikit bekalan untuk dalam bas juga menikmatinya di rumah. Kita pergi Big Apple, (donut untuk keluargaku) dan KFC Zinger Burger untuk perut sendiri. Last! kita pergi ChaTime tapi sekarang dah tukar kepada Tealive (RM8.50) untuk Hazelnut dan Oreo. Yey! So, perbelanjaan kita under RM70.00 // Cermat dan gembira. So, better kalau pergi mana-mana. Kita serbu makanan bukan pakaian. HAHA..Alhamdulillah for everythings, okay next travel please?


Post a Comment

Komen anda amat saya hargai!

Previous Post Next Post

Contact Form