Takde intro, terus terjah. lol (mood)
Bahan-bahan :
*Bawang merah (besar) - 2
*Bawang putih - 4 ulas
*Lada kering - segenggam
*Halia - besar ibu jari
Serbuk kari - 2 sudu penuh (bancuh dengan air)'spt dlm gmbr
Kentang - 4 biji (potong panjang 'spt dlm gmbr) dan rendam dalam air.
Ikan - dah siap potong dari kedai.
Kiub maggi - 2
Garam (satu sudu dulu, nanti tambah), ajinamoto (secubit)*sikit je
Cara masak :
1- Panaskan minyak (perlu banyak) supaya naik minyak *jgn biarkan minyak kering semasa menumis.lol
2- Masukkan yang telah di blander * dan 2 ketul kiub maggi.
3- Biarkan sehingga mendidih.
4- Masukkan serbuk kari yang sudah dibancuh+kentang+garam satu sudu+aji secubit kecil+air
5- Biarkan sehingga mendidih.
6- Masukkan ikan + air
7- Biarkan sehingga mendidih.
8- Rasa kuah kalau kurang masin, tambah garam.
9- Tunggu sampai Kari ikan masak. kalau dah masak, slow kan api. How to know dah masak? Bila kentang tu dah lembut sepenuhnya. Slowkan api supaya masak lebih lama dan masakan tak mudah basi.
Siap!
Tags:
Dapur Kekja