Harini badan rasa letih. Too many things to-do + the babies , my assignment and artotes.co! Alhamdulillah. Penat-penat pun siap dah semua. Heeeeee
Bahan-bahan :
1. Lada kering - 5-10batang* (sikit je)
2. Ikan bilis - segenggam* (agak-agak je) lol
3. Bawang merah - 2 *
4. Bawang putih - 4-5ulas*
5. Serbuk kunyit - setengah sudu / (dua sudu teh)*
6. Kacang Bendi sebungkus dari pasaraya
7. Kiub Ayam Maggi - 1
8. Garam
9. Asam jawa adabi - setengah sudu
Cara Masak :
1. Blander yang bertanda *
2. Masukkan dalam periuk + satu blander air.
3. Masukkan kiub ayam maggi - 1
4. Masukkan garam satu sudu.
5. Masukkan asam jawa setengah sudu.
6. Biarkan mendidih.
#kemudian rasa, tak cukup rasa,tambah mana yang patut.
7. Dah mendidih, masukkan bendi.
8. Biarkan mendidih kejap, (supaya bendi lembut. jangan terlalu lama nanti lembik)
Siap!