Instagram : @artotes.co

Home Organize : Closet

My feel-at-home project is more to organize lah. sebab apaa? sebab aku paling lemah bahagian mengemas mahupun menghias. So that, aku banyak cari inspirasi mengemas bahagian closet sahaja sebab bukan rumah sendiri. Jadi, hak aku hanya dibahagian itu. Menghias tu rumah sendiri nanti lah ek. Hihi

Ruang dalam closet aku tak luas sangat. Jadi kalau lipat biasa, dia jadi menara berkembar dan kadang-kadang jadi menara kembar tiga dan gunung everest. Pastu bila nak amek baju bawah-bawah habis runtuh, musnahlah segala lipatan pastu serabut balik. Pastu lipat balik pastu ulang-ulang.

So this is my new-style for closet organize. Kita guna konsep multipurpose storange (bakul). Kenapalahhh aku tak snap gambar sebelum dan selepas? *menyesali T.T. Takpelah aku bagi gambar google yang lebih kurang.


BEFORE (from google) : 



AFTER ( My own closet ) :



Dia ada cara lipat tersendiri supaya baju itu berdiri dalam bakul tu, means dia tak melorot jatuh. By the way, aku nak beli lagi 3 bakul sebab nak masukkan baju yang dari ampaian. Kedai RM2 sahaja!


Kepada geng lipat baju tak lawa (me T.T), ini jelah caranya setakat ni. Cantik dan kemas!



Post a Comment

Komen anda amat saya hargai!

Previous Post Next Post

Contact Form