Instagram : @artotes.co

Detik kejayaan.

Gagal? umpama mimpi buruk dalam sebuah kehidupan. Tapi kalau ianya berlaku, adakah ia menjadi kehidupan yang malang?

Tidak, kegagalan adalah permulaan bagi sebuah kejayaan. Kepada yang pernah merasa gagal dalam hidup, anda bertuah kerana anda terpilih untuk menjadi insan yang berjaya. Dengan syarat, jangan give up! 

La Tahzan, Innallaha ma'ana. Jangan bersedih, Allah bersama kita. 
Dari segi pandangan duniawi, gagal itu umpama tamatnya riwayat sesebuah kehidupan. Sakit, pedih.. Oh kita silap, padahal ia tanda permulaan bagi sebuah kejayaan dan kehidupan yang lebih baik.  


Menjelang Ramadhan, bulan ini penuh berkatnya. Banyak perkara yang samar, kini dijelaskan. Banyak perkara yang terselindung, kini di perlihatkan. Bulan ini bulan yang suci, penuh kejujuran dan keadilan. Bukan sahaja tahun ini, tahun sebelumnya juga aku diuji. Diperlihatkan satu demi satu hikmah setiap yang berlaku. Syukur Ya Allah. Tiada apa lagi yang perlu aku runsingkan, malah pengucapan syukur serta berusaha mencari redha Ilahi.

Secara jujurnya, aku benci tajuk entri ni. Tapi ingat selalu, hidup tidak selalunya berlaku seperti apa yang kita inginkan. Setiap perubahan dalam kehidupan sama ada ke arah yang lebih baik mahupun sebaliknya, percayalah dan berimanlah bahawa itu semua Perancangan Allah. Tetapi walau apa yang berlaku, ia tidak bermakna yang kita perlu menyerah. Give up? Nope.

1.      It's hurt me every single time. My heart become sick day by day. Ia memberi kesan mendalam pada aku dari segi mental dan fizikal. 43kg become 38kg. Guys, when i was 43kg, my friends told me that i'm skinny. So, kalau 38kg bayangkan lah toooooo skinny macam skeleton  (rangka manusia). Ok kenangan yang ni kelakar. Tak pernah terlintas umur 20tahun berat bawah 40kg. Tak pernah langsung sebab 43kg pun dah okay kurus----- *deep breathe (i smile) Alhamdulillah kuasa Allah tiada siapa yang tahu. Maha Mengetahui.

Aku tak pernah terfikir dan terlintas bahawa aku bakal berada di fasa ini. Sebelum ini, kita hanya mendengar kisah orang dan kita berusaha mendoakan yang terbaik buat mereka. Kalini, dibahu sendiri. It's really happen like dah jadi dah pun (takyah risau, takyah bebel) dah jadi dah pun, dah jalani dah pun, dah habis dah pun.


yahhhhh everythings good, everythings okay yehhhhhhhhhh *sigh



But, from this Ramadhan Mubarak. aku tersedar akan sesuatu. Sejak diuji lagi, aku berdoa moga Allah tunjukkan hikmah disebalik yang berlaku sebab aku tersangat terluka. Tapi aku gelojoh like doa harini, harini jugak nak dapat. Nooooo, it's wrong! Bersabar lah, sabar. (i smile again).


You know what? sekarang aku sedar hakikat ujian itu. Ma shaa Allah,  terbukti kebesaranNya. Maha Mengetahui, Maha Pengasih, Maha Pengampun, Maha Penyayang. Setakat ini aku percaya, hikmahnya adalah untuk menguatkan mental dan fizikal sebagaimana aku pernah doa dulu. Jadi setiap ujian itu, percayalah Allah sedang memakbulkan doa kamu. Dunia ini takkan ada yang sempurna, kamu akan kehilangan sesuatu dan kemudian dapat yang baru. Ianya bukan dalam konteks yang sama. Contoh, harini hilang duit pastu selang dua tiga hari dapat duit banyak. (i know boleh jadi begitu) tapi jugak, boleh jadi harini hilang duit dan esok diterima bekerja ataupun terjumpa balik kucing kesayangan yang dah lama hilang.

Allah sedang memakbulkan doa-doa kita.

 Bersabarlah, kita teruskan belajar dan mencari hint kasih sayang Allah dalam setiap ujian yang diberi. Ujian takkan henti, yang aku inginkan hanyalah hati yang tenang menghadapinya. Aamiin ya rabb.


Ini bukan kisah inspirasi. Ini mungkin terapi hati (meditasi) agar mensyukuri nikmat yang sedia ada dan bersabarlah wahai hati dan jiwa.



Surah Al-Baqarah , ayat 45 :

" Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang ; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepda orang-orang yang khusyuk; "




Post a Comment

Komen anda amat saya hargai!

Previous Post Next Post

Contact Form