Instagram : @artotes.co

My Gastritis


I put this one on my blog, sebab nanti kalau aku alami gastrik (again) . Aku kena make sure, apa puncanya. You know yourself, so please get to know what your body need.

First of all, aku memang selalu google pasal gastrik. Apa sebenarnya punca gastrik? Kerap kali menyerang student dan mereka yang bekerjaya. Jaranglah orang duduk rumah, kena gastrik. Nak pulih gastrik? Duduk rumah (begituu). So, it is all about waktu makan dan mental.-- mental pun? pae ngarut apeee. " ko sabajap, baca sampai habis.

Secara konsepnya, waktu makan paling sesuai adalah waktu pagi, tengahari, petang. (there is no makan malam) bila tibanya waktu busy, pagi petang siang malam pun kau takdapat nak beza dah. So, better makan je all the time supaya perut tak sempat mengadu lapar. Make sure kau sentiasa didampingi sebuku roti, sepacket biskut dan sekotak air susu. Okay masalah makan ni tak jadi masalah sangat. Jadi kita simplified -- lupakan waktu makan, makan je all the time. Make sure dalam sehari makan nasi/mee 2kali atau 3kali. Pastu, masa yang lain kau melantak jelah apapun. Cun? Cuuuunnnnn.

Seterusnya, mental? this one is my part.  



Dijadikan cerita, semasa aku di matrikulasi. Aku "lost" kejap bilamana aku kena panjangkan tempoh pengajian dan aku takdapat support from surrounding. Tak dapat support takpe, tapi disuruh berhenti belajar tu buat aku makin down teruk sambil rasa dah tertanam dalam tanah. Bila hari demi hari aku down lagi dan lagi sampai aku hilang selera makan dan lost weight sampai mampu mencecah 36kg?! tinggi aku 157cm. Kurus kering sampai member panggil tengkorak berjalan setiap kali aku nak pergi mandi. Sampaikan member yang dah lama tak jumpa pun cakap aku makin kurus. Tapi aku tetap makan sebab makan minum aku dijaga waktu. (cewahhh) Alhamdulillah for that.

Then, masuk degree aku sorang. makan makan pun sorang, tengok wayang pun sorang (Luqman podolski- Sorang) --- dengar weh. LOL

Masa kat matrik just perut masuk angin je sampai muntah. Then, gastrik start parah masa aku dah sambung degree. Sampaikan bangun pagi (5pagi) dah lapar teruk, pedih teramat sangat. Memula aku malas nak layan, tapi sampai aku kena skip kelas sebab sakit perut then aku pergi PKU. Macam biasa, dapat ubat gastrik lah. Aku tak makan sangat pun ubat tu sebab ubat hanya menahan bukan menyembuhkan. So, aku try jaga waktu makan walaupun tak berapa nak berjaya lol.

Tambahan pula masa tu, aku diuji dan aku sedih all the time. Mood aku sangat teruk, everytime nangis dan mengarut. Mungkin itu yang membuatkan gastrik aku makin parah. Taubat taknak rasa dah gastrik macam ni (HUAAAAA) 

Hari berganti hari aku belajar banyak tentang kehidupan, sampaikan kalau mood swing. Aku off phone sebab taknak mengarut kat status whatsapp. Bila tetiba rasa sedih, bukak laptop tengok youtube Spoken Words ---- watch it!

Hanya diri sahaja tahu betapa aku memanjat-manjat tangga kehidupan untuk berdiri semula sebagai seorang Nur Faezah. ( I can't stop love myself)


Alhamdulillah semakin hari, emosi aku okay. Everything in my mind and i can control all my senses. Bila rasa marah, tahu untuk diam dan sabar. Bila sedih, tahu untuk diam dan sabar. Bila rasa penat, tahu untuk berehat. Bila lapar, makan.

Jadi, untuk masalah mental dan gastrik. Adalah tentang diri kamu yang bersabar dalam melangkah kehidupan. Jangan biarkan sakit itu terus menjadi parah. Bukan sahaja merosakkan emosi malah fizikal juga akan terjejas. Noted to myself!

Setiap orang ada kurang dan lebihnya dalam sesuatu perkara. Dan aku? Seorang fragile yang cuba jadi sekeras besi walau hanya sekuat dan setabah seorang wanita.

Dalam hidup,sebaik apapun kita tetap akan jadi memori buruk dalam hidup seseorang. Bukan salah siapa-siapa. Siapa yang nak bahagia, bahagiakan semua yang ada depan mata. Layan haters dengan adab, walau diludah dengan kahak. Kalau tak mampu, diam sahaja. Buang saja, ignore saja. Push that button. Block!

Hiduplah dengan iman, bukan dengan perasaan. Semoga semua yang membaca, diberi kesihatan yang baik selalu. Aamiin ya rabb!




1 Comments

Komen anda amat saya hargai!

Previous Post Next Post

Contact Form