#Day16
Malaysia Lock Down akibat penyebaran wabak Corona Virus yang bermula 18 March dan dilanjutkan sehingga 14 April 2020. Almost 1 month aku kuarintin kat hostel. Tahniah dan syukur kepada insan-insan terpilih dapat pulang ke rumah bersama keluarga sebelum Perintah Kawalan Pergerakan di laksanakan. Jangan risau aku kat hostel baik-baik sahaja dan tiada drama air mata. Takde apapun nak sedih. Ada nikmat yang lebih besar untuk aku lihat dan syukuri iaitu semua ahli keluarga dan kawan-kawan dalam keadaan yang baik dan sihat selalu.
Teringat akan kata-kata Syeikh Salim bin Eid Al-Hilali,
"Orang mukmin yang sempurna keimanan dan tulus keyakinannya, sentiasa bersyukur kepada Allah pada saat merasai kesenangan dan bersabar atas kesusahan yang menimpanya. Dia sentiasa berada pada posisi keredhaan. Oleh itu, penderitaan yang dialaminya berubah menjadi nikmat dan ujian menjadi anugerah kerana padanya mengandungi banyak pahala dan kesudahan yang baik. "
Ma shaa Allah itulah perasaan yang sangat indah. " Penderitaan yang dialaminya berubah menjadi nikmat dan ujian menjadi anugerah ... " . Sepertimana budak-budak tahfiz yang diuji positive covid-19 namun sepanjang mereka dirawat menjadi waktu untuk mereka tingkatkan ibadah. Begitu juga ahli-ahli jemaah tabligh. Mereka insan terpilih. Hidup yang terindah bukanlah sebab kita kaya tapi kita berasa cukup, bukan juga sebab kita paling cantik tapi sebab kita paling tenang bila uji. Cantik? Semua orang boleh buat, boleh beli hanya dengan wang ringgit namun cantiknya akhlak hanya terbentuk dengan limpahan ilmu. Orang yang tak cantik pun jika akhlaknya baik, semua orang sayang.
/
Alhamdulillah kuarintin di hostel adalah pengalaman yang sangat indah. I don't know but i feel so happy. Semua cukup. Makan minum semua sangat-sangat cukup. dan aku satu-satunya orang yang akan lead aktiviti harian aku. aku nak tidur pukul berapa? mandi pukul berapa? nak buat apa? takde orang push, takde pun tindakan yang aku buat untuk puaskan hati manusia. Nope. Me only me. I'm all alone and i'm so happy.
Pada awalnya memang kekok, kalau boleh nak bermalasan all the time tapi rasa macam takde function jadi manusia kalau asyik malas je. So that aku cuba setiap hari sampai aku selesa mendapat rutin harian. I always train myself to be the best version of me every single day.
Kita takkan pernah tahu kita mampu sampailah kita berani mencuba. Tiada istilah gagal dalam hidup, kesilapan yang kita buat adalah untuk kita baiki.
Seee? ini baru makanan pagi. kemain berlambak. Alhamdulillah hadza min fadhli rabbi.
Terima kasih kerajaan Malaysia, semoga pemimpin negara Malaysia sentiasa diberkati dan diredhai Allah.
Kepada semua rakyat Malaysia, thankyou for staying at home! We did well and everythings gonna end soon. We gonna get well soon. ( saya merayu maafkan english saya sekiranya anda dapati grammar sangat teruk. saya main sebut ikut sedap bunyi. lol )
#StayAtHome #SelfQuarintine #StaySafe #MalaysiaGetWellSoon
Singgah sini hhehehe!
ReplyDelete