Bahan dan cara masak nasi ayam!
Sila masak ikut step ni, buat sambal dulu dan begitulah seterusnya.
untuk Sambal
1. Lada besar merah - 5 batang*
2. Cili api merah - 4 batang*
** (lada besar kena lebih dari cili api)(make sure merah untuk hasilkan sambal warna merah)
_
1. Blander yang bertanda * dengan air yang banyak.
2. Panaskan periuk dan masukkan bahan yang sudah diblander
3. Tambahkan cuka dua sudu besar, gula dua sudu besar, garam dua sudu teh , sedikit ajinamoto
4. Kacau selalu sebab dia membuak. Agak-agak dia nak kering, tambah air panas satu gelas.
5. Masak lama supaya dia tak mentah.
untuk Ayam (rebus)
1. Ayam 10ketul lah kot (yang pasti sikit je)
2. bawang putih, bawang merah, halia (blander)
3. bawang putih, bawang merah, halia (dihiris)
4. sup bunjut (sup tulang adabi) - satu packet
5. Air sebesar blander
i) Sos tiram + Kicap lemak
_
Masukkan semua bahan 1-5 dan rebus sehingga dia mula mendidih untuk kali pertama. Then tutup api. (tambahkan garam dua sudu,sedikit ajinamoto & secukup rasa dua sudu/ kiub ayam maggi satu)
Keluarkan ayam tersebut dan gaulkan dengan sos tiram + kicap lemak.
(sos tiram lebih banyak dari kicap lemak), kemudian perap dia (30 minit atau lagi lama lagi bagus) atau sampai siap masak sup ayam. Kiranya dah siap masak yang lain-lain tu, last sekali baru goreng ayam. Once dia dah garing sikit, terus angkat.
Kuah rebus ayam tu, jangan buang. Guna untuk buat nasi ayam.
untuk Nasi Ayam
1. Beras 3 atau 4 pot.
2. Sup rebus ayam tadi (ambil sup bunjut + halia dalam sup tu)
3. Garam + ajinamoto
4. Daun pandan - 2 helai
_
Masukkan semua bahan 1-4 tersebut dalam periuk nasi biasa dan masak nasi seperti biasa. Jangan guna air. Guna sup ayam itu sahaja!
untuk Sup ayam
1. Ayam bahagian tulang
2. (Bawang putih, bawang merah, halia) *
3. Secukup rasa/ kiub ayam maggi
4. Garam + ajinamoto
_
Hiris bahan yang bertanda *
Panaskan sedikit minyak dan tumis hirisan bawang putih dahulu. Bila dah coklat, masukkan hirisan bawang merah dan halia. Kemudian masukkan ayam, air semangkuk dua, secukup rasa, garam + ajinamoto.
Rebus seperti biasa dan campurkan lebihan sup rebus ayam tadi bersama.
Salad & Timun
Basuh, potong dan sediakan dalam bekas.
# untuk kuantiti garam, secukup rasa itu semua agak-agak je. rasa! kalau kurang rasa, tambah apa patut. Begituh
Numpang promo ya Admin^^
ReplyDeleteingin mendapatkan uang banyak dengan cara cepat
ayo segera bergabung dengan kami di ionpk.biz ^_$
add Whatshapp : +85515373217 || ditunggu ya^^