Seperti yang ramai tahu, mak aku pengasuh budak sejak sekian lama. Aku pun ada share pasal diorang tu, sekarang memasing ada yang dah sekolah. Bermula jaga anak jiran, lepastu mak diorang recommend dekat kawan-kawan. Makin meriah dah la sekarang. Alhamdulillah.
March 2021. Baby baru. 7 months old. Selamat datang ke dunia Kekja. Hari pertama Hadif datang, dia menangis tanpa henti sampai risau tengok dia. Terus ambil dan dukung, masih menangis. Baby kalau nangis tempat baru, dia tak selesa dan rasa tak selamat. Kita kena yakinkan dia tempat ni selamat, bagi dia scan muka-muka baru ni baik ke tak, lawa ke hensem.
Sambil dukung, dia menangis sambil observe semorang. Observe tempat. Lama jugak lepastu baru dia elok. Start that day, akulah orangnya yang dia berasa paling selamat kat sini. Setiap pagi, hari minggu. Mak akan serahkan Hadif dekat aku. Mak gelarkan aku Mama Hadif.
Bermulah rutin 7pagi, susukan Hadif kemudian tidurkan dia. Hadif ni senang di jaga. Terima kasih Hadif. Ada masa-masa dia meragam taknak tidur, itu saat paling mencabar. Didukung salah, ditidurkan pun salah. Selalunya bila dah meragam taktau nak apa, aku bagi dekat Mak. Sebagai anak bujang, takde pengalaman anak sendiri. Taknaklah effort lebih. Kalau anak sendiri, kita tahulah nak buat apa. Siap dia! eh takdelah. hahah
Buat masa ni, senang jaga Hadif. Walapun kadang dia clingy, always nak Mama ada dekat di mata dia. Hilang je terus nangis. Mengada! tapi rasa diperlukan, rasa disayangi pulak tewwww.
Buat masa ni bila nak susu, makan, tidur memang dia cari Mama dia ni. Kelas online dah nak start, jadi aku bagi dia biasakan diri dengan orang lain juga. Dalam pada yang sama, aku akan cuba bagi komitmen semasa kelas online sekiranya Hadif meragam nak Mama je. My hands open for you Hadif. Moga jadi anak soleh, beradab dan berilmu suatu hari nanti.
.
Agak pelik tapi macam sweet je, wajib ada botol susu baby dalam bilik ni. Sebab dalam bilik ni lah aku susukan dia. Geram!
.