Instagram : @artotes.co

Cadangan game hari keluarga!

takde angin, takde ribut. duduk karaoke petang, tetiba terlintas idea-idea permainan yang boleh digunakan semasa hari keluarga. itulah detik post ini terhasil. akan di update lagi sekiranya ada idea baru. ihiks


ref : rappler Ilonggo



1. ABC LAGU @ ABC BINA AYAT

-seorang sahaja wakil setiap keluarga (paling cepat tangkap + kreatif)

- main macam cecupak tetapi kira dengan sebutan ABC-Z megikut bilangan jari yang ditunjukkan setiap wakil.

- siapa paling laju menyanyi @ bina ayat yang bermula dengan huruf yang di pilih hasil kiraan jari yang ditunjukkan. Dikira sebagai pemenang.

- setiap wakil diberi masa 3 saat sahaja untuk menyelesaikan tugas. sekiranya gagal, anda tersingkir.



2. SUSUN NOMBOR

-setiap keluarga akan diberikan kad nombor 0 sampai 9

- pengacara majlis akan menyebut 6 angka kod nombor sebagai contoh 096543

-keluarga yang dapat menyusun 6 angka kod nombor paling cepat, dikira sebagai pemenang.

- setiap keluarga akan disediakan pengadil untuk memastikan kod nombor yang disusun adalah betul.

- keluarga terakhir yang siap, dikira tersingkir.



3. TANGKAP BELON GUNA KAIN BATIK.

- semua ahli keluarga dibahagikan mengikut kumpulan (game ini untuk kita makin rapat dengan mak pak sedara, sepupu sepapat) (tidak lagi mengikut keluarga sendiri)

- setiap kumpulan mesti ada seorang dari setiap ahli keluarga.

- kumpulan yang dapat sambut belon dan tak pecah, dikira sebagai pemenang.

- 2 orang dari ahli kumpulan pegang kain batik

- ahli kumpulan berdiri dengan jarak 2 meter daripada 2 orang yang sedang pegang kain batik

- semua ahli kumpulan dalam group itu perlu baling belon berisi air ke arah kain batik itu.

 

1 Comments

Komen anda amat saya hargai!

Previous Post Next Post

Contact Form