Selamat pagi semua! \o/
In shaa allah, Kekja nak mulakan sesi review blog. Maaf atas kelewatan, mesti ada yang tunggu-tunggu. hehehe. seperti yang korang tahu, Kekja sekarang degree online, memang dah kebiasaan ada assignment banyak bermula week 1 tapi untuk beberapa minggu lepas, Kekja kena slow down and cuba fokus satu-satu. Pada pendapat Kekja, hidup adalah tentang cara kita menguruskannya. Bebanan dan ujian tetap datang silih berganti, dan bagaimana kita menguruskannya? Ada masa, kita boleh pikul semua. Ada masa, kita kena letak satu dan fokus yang paling penting. Hal ini supaya kita tak jadi seperti peribahasa " yang dikejar tak dapat, yang di kendong berciciran." - ayat ini paling terkesan di hati Kekja ketika Kekja remaja. Ketika itu Kekja sibuk bersukan, kadang Kekja rasa akedemik tak penting sebab masa tu dah syok sangat menang itu ini dalam bidang kokurikulum. Kekja pula bukan jenis belajar 24jam. Waktu Kekja SPM, banyak tarikh yang bertindih antara seminar dan event taekwondo. Masa tu dah kena buat pilihan. Master taekwondo Kekja hanya berkata, "jangan sampai yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran." Sentap terus. Kata-kata itulah yang membentuk Kekja sehingga ke hari ini.
Sekian mukadimah kita harini, hahah// blog kedua Sahabat Blogger adalah Blogger Shikin Razali. Antara kenalan blogger Kekja. Kak shikin pernah review blog saya sekitar 2019, korang boleh baca kat sini - Sahabat Blogger pilihan Starlavenderluna : Faezah Mdnor .
"Menyampaikan ilmu satu ibadah, mencari ilmu satu jihad."
merupakan slogan di header blog Kak Shikin. Saya percaya kebanyakkan, malah boleh dikatakan kesemua blogger di sini merupakan insan-insan yang sangat suka mencari ilmu dan menyampaikan ilmu. Membaca slogan tersebut, menjentik hati saya untuk terus bersungguh-sungguh dalam medan ilmu. Terima kasih Kak shikin atas kata-kata semangat itu.
Siapa Blogger Shikin Razali?
Saya panggil Kak Shikin, sebab Kak Shikin merupakan salah seorang kenalan blogger saya sejak saya sekolah menengah lagi. Beliau juga sangat saya hormati sebagai otai-otai blogger, manakala saya hanyalah petai blogger. (ye saya tahu ada yang gelak tu)
Kak Shikin adalah seorang pembantu perpustakawan dan juga mempunyai kemahiran mengurut terapi buang angin untuk wanita. Wah, ni kalau dekat area rumah saya memang jadi regular customer. Best mengurut heheh.
Kak Shikin juga masih aktif berblog. Setiap bulan pasti ada entri post yang baru. Di sini saya kongsikan latest update dari beliau.
Wah, terima kasih kerana review jurnal akak... Semoga awak terus cemerlang dalam pelajaran serta kehidupan awak...
ReplyDeleteeh kek ja dah mula sesi revew. tak perasan pulak.
ReplyDeletehebat jugak penangan kak shikin ni.
beliau memang blogger terbaik dan seolah macam kenal rapat dengan saya sejak saya zaman diploma...
following blog kak shikin juga :)
ReplyDeletelove her content :)
Kelakar betul bila cakap petai blogger tu hiihi
ReplyDeleteWaaa, Kekja review blogger. syiok baca. Kak Shikin memang lejen. dari anak dara sampai la ni masih follow. :)
ReplyDelete