Instagram : @artotes.co

Terlalu positif & kesannya

topik yang datang dari pengalaman hidup iaitu toxic positivity. kebanyakkan topik dalam blog ni memang datangnya dari pengalaman aku sendiri. kalau tak alami, mesti aku sendiri tak pernah tahu wujudnya toxic positivity ni. selalunya tahu asalkan positif, semuanya bagus. tak jugak


According to google,


According to me, toxic positivity adalah suatu keadaan apabila manusia cuba berfikiran positif pada keadaan yang tak sesuai pun untuk menjadi positif. Maksudnya di sini, tak semua perkara perlu di positifkan supaya perkara tersebut nampak lebih ringan untuk diterima hati dan akal. Ada perkara, kita perlu belajar menerima bahawa ianya memang pahit. Aku rasa korang sendiri boleh relatekan? 

sebagai contoh, kebanyakkannya yang paling relate adalah tentang keluarga. Kalau kawan-kawan kita ada masalah keluarga yang agak toxic, sehingga mereka trauma dan tertekan. 


Berhentilah ungkapkan ayat-ayat yang positif seperti " biasa la tu, semorang ada masalah keluarga " , " takde apa tu, jangan fikirkan sangat " . sebab individu tersebut akan cuba berusaha menelan nasihat baik korang, namun hakikatnya, setiap hari ianya masih pahit dan tetap pahit. ajarlah mereka menerima pahit itu (dengar mereka meluah dengan telinga dan mata hati anda). Kadang anda tidak memahami keadaan dia, cuba google baca tentang masalah tersebut supaya faham sikit. dan cara terbaik adalah sentiasa ada bersama dengan mereka mengharungi beratnya ujian itu. Jangan biarkan mereka seorang diri terlalu lama. Kalau betul sayang, kita akan belajar berkorban. Fikirkanlah. 

Apapun, jangan pressure diri untuk tolong orang. Kalau rasa tak mampu, doalah selalu buat mereka. Doa juga sangat membantu. In shaa Allah.


Kesan buruk apabila bersikap "toxic posivity" ni adalah, tindakan itu mampu membuatkan mereka lebih tertekan kerana mereka berusaha menjadi positif seperti yang anda sarankan dan menyangka bahawa semuanya akan baik-baik sahaja. Pada hakikatnya, keadaan tetap sama malah membuatkan mereka semakin menyalahkan diri dan tertekan, kerana masalah tak selesai pun padahal mereka dah cuba ikut nasihat anda untuk bersangka baik dan jadi positif. Yang lebih teruk apabila mereka akan menjadi overthinking dan akhirnya menimbulkan rasa ingin bunuh diri (maaf ya tapi ini hakikat sebenar). Kerana ujian ini adalah jangka panjang. bukan sehari mereka hadap, ianya mungkin bertahun dan mungkin juga seumur hidup. 


Cara terbaik adalah ajarlah mereka menerima ujian pahit itu dengan ikhlas dan redha serta berusahalah untuk sentiasa ada bersama dengan mereka mengharungi beratnya ujian itu ( selalu ws tanya khabar atau call ajak borak, video call dan sebagainya). 

Kalau betul sayang mereka, kita akan belajar berkorban masa. Fikirkanlah.

Kalau tak mampu, takpe. Doakan lah yang terbaik untuk mereka. Doa juga sangat membantu. In shaa Allah.

/

semoga perkongsian bermanfaat! korang ada ke hadapi situasi begini? 

kongsikan lah di ruangan komen.



" dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. " 

Quran [ 1 : 155 ]





1 Comments

Komen anda amat saya hargai!

  1. Toxic positivity kalau tak kena tempatnya ibarat lari dari masalah. Padahal kena hadap dan selesaikan. Love this article

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form