Bahan :
Ayam 24 ketul
*Halia - besar dua ibu jari. kalau rasa ibu jari korang terlalu besar, kurangkan lah kuantiti dia hehe
*Bawang putih - 2 labu
*Serai - 5 batang
# Madu - setengah botol (sebenarnya boleh agak sendiri untuk rasa madu/manis tu. mungkin tak sampai setengah sebab kami main tuang je yeyyy)
# Kicap manis
# Sos tiram satu sudu makan
# Sos cili jalen satu sudu makan
# Serbuk black pepper satu sudu teh
# Gula satu sudu teh
# Garam secubit
Cara buat :
1. Basuh ayam, buang lemak
2. Blander yang bertanda *
3. Tapis yang di blander tapi jangan kering sangat.
4. Masukkan ayam dalam bekas besar dan lumurkan yang ditapis tadi.
5. Lumurkan dan gaul sebati semua bahan bertanda #
6. Perap dalam peti sejuk 12 jam.
/
kitorang perap malam, esok tengahari dah boleh bakar.
Rate : 8.0/10
ada rasa ayam madu la. kami pun rasa macam wow, pandai jugak kami. HAHAHAHA
Ok itu saja, selamat mencuba!
Selalu buat gini masak dalam air fryeer hehehe
ReplyDelete