Instagram : @artotes.co

Tips Mudah Faham Subjek Kimia by Kekja

Assalamualaikum wbt.



Februari 2022 adalah bulan Kekja final exam dalam final year degree. Apaaa? Dah final year degree? dah final exam? fuhh. Secara umumnya, peperiksaan terakhir Kekja dalam bidang pendidikan. sambung Master? Semua orang ada cita-cita tu kan? Kekja pun, kalau boleh nak belajar sampai PhD. lepas PhD pun nak belajar lagi. Takpe yang tu kita serah pada Allah, ada rezeki ada la kan? hehehe.

Memandangkan ini yang terakhir, jadi Kekja nak simpulkan sepanjang Kekja belajar Subjek Kimia bermula di sekolah menengah, matrikulasi dan degree. Kekja fokus pada Kimia sahaja sebab Kekja sambung degree kos Sains Kimia. Jadi, untuk menjadi panduan Kekja sendiri sekiranya one day Kekja jadi tenaga pengajar. Kekja harap penulisan dan catatan Kekja serba sedikit dapat membantu.

Sepanjang Kekja belajar Subjek Kimia, teknik buat Jadual/Table adalah sangat membantu untuk faham dengan mudah. Mentality semua orang tahu bahawa Kimia adalah subjek paling WOW SUSAH GILER. So, as tenaga pengajar adalah sangat penting untuk menjadikan ia ringkas dan mudah untuk pelajar. Tapi yang penting, pengisian tepat dan padat. Terciptanya entri ini adalah berdasarkan pengalaman Kekja sendiri. So here, I share the tips from my lens.


TIPS MUDAH FAHAM KIMIA :

1. Guna Table untuk (definition, differentiation/ similarities/comparison, physical and chemical properties, redox reaction)

2. Guna Mindmap untuk Reaction (organic reaction)

3. Buat Step untuk Mechanism Reaction. (berserta simple explaination)

4. Buat latihan mengikut soalan exam (past year). Untuk tenaga pengajar, memberi latihan untuk faham itu perlu. Latihan untuk menjawab soalan exam juga penting. supaya pelajar terbiasa dengan bentuk soalan exam dan cara menjawab.

5. Buat Nota Ringkas setiap chapter menggunakan teknik 1-3 (summary chapter). Ini bagus untuk self revision sebelum final. tak perlu study buku teks atau lecture note. Hanya perlu belek Nota Ringkas yang kita dah buat awal-awal time minggu kuliah/kelas. Selalunya study week masa untuk kdrama dan main game! Sehari sebelum exam baru tengok balik Nota Ringkas. 

6. Untuk setiap kali lepas peperiksaan, bagi balik kertas jawapan kepada pelajar dan bagi juga jawapan mengikut skema. supaya pelajar tahu kalau jawapan ni salah, jawapan betulnya apa? First, untuk pengetahuan pelajar. Second, in case kalau masuk next exam lagi soalan sama, dah tahu macam mana nak jawab. 


/
Guna table ni Kekja dapat waktu sekolah menengah dan matrikulasi, mudah sangat nak faham Redox Reaction sebab guna table. Nampak dengan jelas dan senang nak faham dan ingat. Kalau tengok buku teks atau lecture note, banyak betul tulisan. nak muntah rasa. LOL

Untuk mind map dan step, Kekja dapat waktu matrik. Belajar matrik dua tahun sangat santai dan relax. Mostly semua topic/chapter chemistry di matrik, menggunakan kaedah table, mindmap dan step. itu saja.
/
Simple je. Better than nothing kan? Ada juga yang korang akan faham kalau cuba tips ni. bukan hanya menjadi tin kosong melantun.
.
Sebenarnya Kekja nak tunjuk contoh table, mindmap dan step. Tapi skang malas. nanti eh! kalau ada, ada la tuuu. hehehehhe
.
Okay itu saja untuk harini. kalau korang curious, boleh try google untuk contoh setiap tu. In shaa Allah ada.


1 Comments

Komen anda amat saya hargai!

  1. Last belajar kimia waktu asasi. Time tu memang dah nak berhenti dah about kimia ini bila belajar tentang organic chemistry. Short Term memory sangat so dia jadi aaaa

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form