Instagram : @artotes.co

Dapur Kekja : Sup ikan

 


Hai, assalamualaikum guys! Kekja tak rasa nak bebel panjang harini. So here nak share resepi favorite Kekja. If demam, atau takde selera. Lauk ni memang pandai menggoda. lol


Bahan-bahan :

1. Bawang putih - 5 ulas*
2. Bawang besar - 1*
3. Halia - besar ibu jari* (sikit je, tak banyak)
4. Kiub maggi ayam - 2
5. Sup tulang adabi - satu paket
6. Ikan kerisi - 3 ekor
7. Kentang - 2 biji (potong panjang)
8. Garam & Ajinamoto

p/s lupa snap gambar lauk. pehal snap gambar bahan je ni? (for my future reference hahah)

Cara masak : 

1. Hiris yang bertanda *
2. Panaskan minyak yang sedikit. Tumis bawang putih dulu!
3. dah naik bau dan coklat2.. masukkan hirisan bawang besar + halia
4. masukkan kentang.
5. Goreng2 sampai kentang lembut sikit.
6. Masukkan 3 mangkuk air (supaya jadi sup) + 2 kiub maggi + garam satu sudu teh + secubit ajinamoto
7. Make sure kentang dah lembut sikit, sebab kentang lambat masak. sila cucuk dengan garfu nak tahu dah lembut ke belum.
8. Kalau kentang dah boleh cucuk, masukkan ikan!
9. Biarkan mendidih lama sampai kentang tu kalau dicucuk garfu, dia jatuh sendiri. (make sure ikan masak jugak haha lol)
10. Kemudian, siap!
/

ok bye tu je. 

Post a Comment

Komen anda amat saya hargai!

Previous Post Next Post

Contact Form