Sama macam awak, Kekja juga mencari blog-blog yang berkongsi cerita tentang pengalaman latihan industri. Dua perkara yang Kekja cari kat google sebulan dua sebelum intern iaitu pengalaman latihan industri dalam bidang pengajian sains kimia dan juga company tempat menjalani latihan industri. Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak membantu adik-adik dalam bidang Sains Kimia!
Pengalaman latihan industri dalam bidang pengajian Sarjana Muda Sains (Sains Kimia) di Kaneka MS Malaysia Sdn.Bhd. Position yang ditawarkan untuk menjalani latihan industri adalah Technical/QC (Quality Control).
Kaneka MS Malaysia Sdn.Bhd. MS stand for Modified Silane, menghasilkan polimer dalam bentuk cecair. bahasa mudah faham, getah cair. so bila cakap pasal getah cair, mestilah meleleh, melekit. Di situlah Kekja menajalani latihan industri selama 20 minggu. Apa yang Sains Kimia boleh relate kat sini adalah pengetahuan dalam Kimia Polimer & Kimia Instrumensi (subjek Semester 4).
Jadi, apa yang Kekja buat sepanjang intern adalah check kualiti product ketika dalam production dan juga final product. Setiap kali selepas satu stage, akan di ambil sampel oleh technician production. Jadi, kita akan check untuk pastikan product within specification. Kekja sedar yang sangat lah sedikit yang Kekja belajar waktu intern untuk position Quality Control tapi pengalaman mengendalikan alatan di makmal adalah sangat berharga! Cukup sampai sini untuk pengalaman internship, kalau di sambung jadi ilmiah betul. Perkataan yang digunakan terlalu sainstifik, risau jadi slide presentation je ni hahahah.
Faiz tk de
ReplyDeleteWaaah, dulu belajar jurusan kimia ya kak. Ini sbnrnya salah satu yg saya lemah di pelajaran 😅. Tak pernah bagus. Karenanya ambil jurusan Accounting.
ReplyDeleteSalut Ama para expert di bidang kimia ini, Krn saya tahu tak mudah ☺️