1. Niatkan dalam hati, datang sini untuk gain knowledge and experiences as much as we can especially dalam bidang pengajian. Eager to learn, tanya dan ambil tahu.
2. Untuk slow learner seperti Kekja, korang boleh guna teknik : belajar - tulis - hands on - tulis- hands on - jotter note. Maksudnya, first korang belajar dulu camne nak buat, tak faham takpe sebab kita slow learner lol. Lepastu, try tulis balik apa yang awak dah belajar. Lepastu, cuba buat benda tu (hands on). sama ada laboratory skills, atau soft skills macam kena isi data etc. Lepas dah siap, tulis balik step yang awak dah hands on tu. Lepastu buat jotter note (ringkasan dalam kertas kecil). pastu selalu bawak kemana saja, incase kena buat kerja tapi tak ingat boleh refer nota awak tu. In shaa allah korang akan ingat dan pro! yang penting jangan tangguh kerja. (even step print paper dan juga laminate pun aku tulis dalam jotter. kau rasa? hahahaha)
3. Kalau takde keje, nak buat apa? Selalunya Kekja akan study apa yang berkaitan, baca training book producation boleh mintak bahan bacaan dekat supervisor korang. Tolong staff apa yang patut, yang pasti jangan tunggu dipanggil. Kena pandai-pandai cari kerja dan manfaat masa yang ada. Cari kerja atau membaca! Kekja jenis takleh duduk diam, jadi mengantuk dan stress. Merata la pergi, maintenance pun kita ikut. Saja seronok-seronok. LOL bersyukur staff semua sporting ya allah. sampai kita pun terkedu nak cakap apapun taktahu.
Back plan as Trainee :
mungkin takde siapa pertekankan hal ini, let me share here.
1. at the end of internship, kena hantar log book, report dan presentation (presentation optional depend pada lecturer and company). Jadi, bermula first day intern, sila lah buat ketiga-tiga itu terus. Jangan tangguh please. Kekja memang siapkan semua kerja + logbook + report + slide presentation kat ofis. Takde bawak balik rumah. Habis kerja, terus lupakan semua. Urus kehidupan, fikir nak makan apa lol.
2. First day intern (March 2022) Kekja dah start hantar email resume untuk kerja merata-rata sampai KL. Yakin je ko nak keje KL. Pastu dalam resume boleh tulis Work Experiences tu internship and job description waktu intern. Tulis tarikh mula dan habis intern supaya company tahu your current status. Alhamdulillah (June 2022) dapat first interview. Pastu (August 2022) dapat second interview. Company yang berbeza. Pastu pertengahan August 2022, masuk kerja.
3. Sign up account LinkedIn! okay ini penting, semua penting. Buatlah account ni, pastu boleh share aktiviti korang waktu intern. Follow orang-orang yang berkaitan bidang awak.
Okay tu je, lama Kekja peram entri ni. Finally posted! Alhamdulillah, semoga bermanfaat. Sebarang pertanyaan boleh komen kat bawah ni tau. Mesti korang sering di momokkan tentang latihan industri yang tak best lari bidang etc. Kalau buruk yang awak fokus, buruk la yang awak dapat. Bersyukur dulu sebelum mengeluh dan merungut. Do your best and you will be fine.
/
Goodluck and enjoy your internship!
Hi sis....tak jumpa lak posting Giveaway Cuya tu....tak dapat pos ke? nanti komen kt entri CUya okay?
ReplyDeleteHi Cuyaaa, Kekja dah komen link baru tau!
Delete