Hai! long time tak story morey sharry merry. Awal bulan Ogos 2022, Kekja dan kawan-kawan pergi bercuti di Pulau Perhentian Kecil. Sebelum kami sampai ke destinasi, kami sempat singgah makan di sebuah Restoran Queenny di Semenyih, Selangor. Restoran ini sesuai menjadi tumpuan bagi yang bekerja dan juga pelancong sebagai tempat membeli sarapan pagi dan makan tengahari. Awal tak kalut lol.
Pelbagai Pilihan Makanan, Lauk dan Kuih-Muih, Harga berpatutan dan Bersih!
Comel je kat situ restoran dia. Kekja jenis wajib sarapan! begitu banyak jenis makanan untuk sarapan seperti nasi lemak, bihun goreng, mi goreng, kueytiaw dan juga pelbagai jenis kuih-muih. Lauk tengahari pun bermacam-macam. Banyak sangat pilihan, kalau Kekja pergi kerja dan jumpa plak kedai banyak pilihan kuih memang tersenyumlah pagitu. Korang pulak macam mana?
Banyak kan lauk dia? Untuk yang tinggal di Semenyih atau balik kampung di Semenyih boleh lah singgah di Restoran Queenny nanti tau. Jangan cakap Kekja tak share! Korang juga boleh google location Restoran Queenny. In shaa allah tak sesat.
Masa operasi :
Isnin-Ahad (Setiap Hari)
7pagi-3petang
Tags:
Sponsorship
banyak variety lauk dia, saya suka kedai camni :p
ReplyDelete