30 Januari 2023, Isnin
7.00malam
pernah tak lalui situasi yang mana kau mula rasa syurga semakin jauh? semakin susah nak dapatkan dan semakin berat semuanya.
jika pernah, benarkan bahawa kita adalah orang-orang yang terpilih? terpilih untuk melalui jerihnya keadaan.
tiada siapa yang lahir kedunia untuk menempah neraka dan derita dunia. Namun takdir Allah mengatasi segala "ekspektasi syurga" kita. Kebanyakkannya kita banyak meluang masa dan usia untuk memujuk hati agar terus melangkah lagi. Agar tidak jatuh saat ditolak dan di asak oleh keadaan. Jika hari ini tiada yang ucapkan kepadamu, dengarkan aku. Kau hebat. Kau sangat hebat. Aku sentiasa dan sentiasa kagum dengan kau. dan hanya orang-orang seperti kita yang akan hargai setiap usaha dan pengorbanan yang kita lakukan untuk terus melangkah dan hidup lagi untuk hari ini. Hanya orang-orang seperti kita.
Setiap fasa dan usia yang bertambah membawa ekspektasi dan respon yang berbeza pada ujian yang sama. Ujian yang sama, namun yang berbeza adalah cara mengendalikannya. Alhamdulillah, kau berjaya bertumbuh walau disegenap rasa itu aku agak bimbang sekiranya kau pilih "Exit". Sampai ke harini, tiada yang lebih membanggakan dan aku syukuri segala usaha, sabar, gigih dan tabahnya kau untuk terus berada di jalan ini.
Kau luar biasa. Maka, maafkanlah diri dan terimalah hakikat tentang hebat dan luar biasanya diri kamu.
Tentang hari yang akan datang dan tentang ujian yang sama akan berulang. Belajar menerima dan mengikhlaskan kerana untuk hal itu. Tidak ada yang perlu berubah kecuali cara kau menghadapinya. Kekal tenang dan dewasa. Dakaplah segenap ruang hatimu. Aku akan sentiasa disini, setia tulus menemani.
9.46malam.
hahaha kalau saya semua frappe nak diorder. tapi paling favorite sekali yang ada salted caramel. memang cinta habis!
ReplyDeletenukilan kala galau nyata lebih indah dan puitis bukan....kadang syukur atas galau kerna kita lebih kreatif.... ^_^