Sebelum Kekja nak melangkah ke "bangunan baru", "office baru", "cara hidup baru" kerana kini tidak lagi bergelar seorang pelajar (in future in shaa Allah jika masih ada rezeki tertulis untuk Kekja). Jadi, Kekja decide nak share sedikit sebanyak yang Kekja lalui. Semoga yang ditinggalkan adalah hal-hal yang bermanfaat dan dapat membantu walau hanya seorang untuk terus melangkah lagi dalam apa jua yang sedang dihadapinya terutamanya untuk adik-adik, anak-anak muda yang masih bergelar seorang pelajar ataupun sedang mengejar cita-cita yang terkadang rasa macam mustahil. Tapi Kekja percaya, siapa yang ada impian pasti tahu bahawa tiada yang mustahil untuk mendapatkannya. Kita boleh untuk sambil belajar, sambil buat apa yang kita minat tapi kita juga kena sedar bahawa cara hidup kita tidak akan sama seperti remaja lainnya. di situ Kekja panggil ia sebagai sebuah pengorbanan (back to back to Kisah Sultan Muhammad Al Fateh). You are not alone.
Selama bertahun-tahun sebelum ni ada yang perasan mana Kekja? kadang kadang menghilang. Jadi #sambalpodcast : To Be "That Girl" akan menjadi jawapan kemana hilangnya Kekja (even Kekja tak share the whole story hahah). Ianya tentang bagaimana realiti sebenar dalam mencapai apa yang kita impikan walau dalam apa jua keadaan.
Kekja tak sempurna, Kekja banyak kurangnya dan tak indah di mata semua orang. tapi tidak sekali menjadikan hal itu sebagai alasan untuk terus menjadi seseorang yang hilang kemampuan melakukan apa saja yang diminatinya. Manusia memang aneh, dan ada juga yang unik. Jadilah diri sendiri dan kembalilah kepada Allah saat diri tidak mampu menampung sendiri.
Sampai di sini, Kekja Signing off from her past!
.
jika sudi mendengar, di sini Kekja selitkan link untuk podcast tu.
Tune in (Spotify) : To Be "That Girl" ft Faezah Mdnor
Tune in (Google Podcast) : To Be "That Girl" ft Faezah Mdnor
/
Thank you @thesambalpod for having me!
tahniah
ReplyDelete