tujuan Kekja share untuk track koleksi skincare sepanjang hidup (selagi rajin meng-update). Ini yang paling basic! perasan tak perasan, tahu-tahu ada basic routine skincare. kemain eh, tapi okaylah dah bekerja baru boleh ada basic routine. sebelum ni tengok mana yang ada, mana yang mampu jelah kan. hahahahah (sambil curi sikit adik kakak mak punya lol) - KONGSI bukan curi. haip!
Untuk basic skincare yang ni, skin Kekja okay je. jarang ada jerawat kecuali certain case berlaku contoh macam pergi tempat berdebu pasir ke, atau makan manis banyak sangat ke. then, baru ada biji biji jerawat kecil. kalau tak, semua okay je dengan skincare ni.
oh ya! lupa nak face wash. *lari gi toilet jap. Untuk face wash Kekja dah hampir setahun guna Garnier. ini pun susah nak cari facewash apa best dan sesuai dengan kulit. masa tu try facewash member sebab takde facewash masa tu pastu okaylah alhamdulillah sesuai. Terus pergi watsons beli satu! sekarang dah dua tiga empat restock. Beli yang tester je saiz kecil, tahan sebulan. Beli yang besar, tahan dua bulan lebih sikit.
(hasil gi toilet jap tu - gigih)
okay meh Kekja kenalkan diorang.
Aloe vera - pelembab muka a.k.a primer lol
Sunscreen - after apply aloevera
Vaseline - sapu pelipat bawah bahu? seriuslah nak kena explain.
Blondee - serum rambut wajib try. wajib! buat rambut jadi lembut dan wangi. tak tipu. mana nak cari? shopee. tapi mesti korang nak beli kedai sama kan sebab malas beli lain nanti fake etc. fahammmmm
Boleh beli di sini BLONDEE HAIR SERUM
lastt but not least, Lipbae (lipbalm) pastu Lip Matte Maybelline! siap. jom kahwin tiber.
lipbalm paling berkhasiat sebab hand-made bahan kimia semulajadi oleh ahli kimia bertauliah, Puan Alia kenal eh sebab beliau pernah bagi industrial talk masa study dulu hehe. boleh membeli produk beliau di instagram @the.asal.co
/
itu je, semoga bermanfaat! bye. see you next post. in shaa Allah