Instagram : @artotes.co

DR STONE (ANIME) & APPLICATION OF SCIENCES



belajar punya belajar siang dan malam, skor test dan exam tapi sebenarnya tak faham dan taktahu kemana nak apply apa yang aku belajar ni? hanya dengan tonton anime, dapat gambaran betapa pentingnya ilmu sains dan kegunaannya untuk kehidupan kita. kita pun kadang tak selalunya berteknologi. apa nak buat nanti kalau semuanya tiada? orang yang ada ilmu dan berfikir macam Senku (watak utama), campak kat mana pun hidup dik. Ilmu penyuluh kehidupan. dan ma shaa Allah orang yang berilmu, banyak bermanfaat untuk orang lain. Part dia buat ramen angkasa lepas tu, terharu sebabkan dia yang minat sangat dengan sains. dapat bagi semua orang merasa ramen kat tengah-tengah hutan. betapa bernilainya orang yang berilmu dan ilmunya digunakan dengan baik. 



dan dari situ juga kita nampak, tiada yang Allah ciptakan didunia ini sia-sia. daripada pokok, kayu, batu, gua semuanya ada manfaatnya kepada manusia. dan adik-adik, kerana itulah kita berpenat lelah menuntut ilmu. agar kita tahu manfaat ciptaan Allah kepada diri kita sendiri. begitulah ilmu di aplikasikan dalam kehidupan manusia dan semua ilmu itu saling berkait antara satu sama lain. 

Dr Stone ada 3 season. Masa Kekja tengok time pkp dulu, baru 2 season itu pun tak habis lagi episod untuk seasan 2. Sekarang seasan 3 tengah otw, yang lain dah complete! jemputlah tengok heheh.
Semoga memberi manfaat dan meluaskan pengetahuan kita!
/

oh ya, mesti tertanya nak tengok kat mana?
Boleh tonton DR STONE di Netflix atau percuma di LokLok (install di google apps store hp anda)

.
Bye! See you next post. In shaa Allah




"Barangsiapa yang tidak mampu menahan lelahnya belajar, maka ia harus mampu menahan perihnya kebodohan. " 

[ Imam As-Syafi'i ]




Post a Comment

Komen anda amat saya hargai!

Previous Post Next Post

Contact Form