Selamat datang ke dunia pekerjaan. Melangkah ke suatu fasa kehidupan. Kekja nak kongsi sedikit ni, semoga dapat memudahkan urusan mereka yang baru pertama kali nak daftar i-akaun kwsp iaitu Apps yang korang boleh install dekat phone supaya korang boleh monitor ada masuk tak potongan KWSP/EPF pada slip gaji itu ke dalam akaun KWSP korang.
Sebab ada kes yang KWSP tak masuk dalam akaun. Jadi, lebih baik daftar i-akaun dan tengok sendiri supaya tak kalut di kemudian hari. In shaa Allah!
Pejabat KSWP, Segamat Johor.
Pergi ke Pejabat KWSP yang berdekatan, Kekja pergi di Segamat. (lokasi boleh google maps terus sampai!)
Dokumen yang diperlukan : Kad pengenalan dan ibu jari anda.
Cara daftar i-akaun KWSP/EPF :
1. Pergi kat kaunter, bagitahu nak daftar i-akaun kali pertama.
2. Nanti dia suruh isi borang. Pastu serahkan semula borang.
3. Anda akan diberi nombor giliran, sila menunggu.
4. Nombor giliran dipanggil. Serahkan borang dan scan ibu jari. Cop jari kanan kiri.
5. Salinan NO.EPF. Simpan elok yang ni!
(Borang yang perllu di isi)
Apa yang perlu buat selepas itu?
/
1. Install apps i-akaun
2. Tekan daftar untuk kali pertama.
3. Isi ID : NO.EPF dan password
4. Log in semula. Siap!
.
itu saja Kekja nak share. bukan apa, Kekja pun nanti tak ingat dah. Kawan-kawan boleh rujuk sini tau. hehe bye!
See you next post. In shaa allah