Banyak yang aku luah pada Tuhan
tentang sakit hati yang kau torehkan.
bukan untuk kau dibalas,
tetapi untuk aku disembuhkan.
kerana sejak awal aku tahu
yang melukakan itu kamu.
dan aku kembali merintih di hadapan Rabbku,
menunding jari menyalahkan kamu
seperti anak kecil yang meminta dipujuk.
namun sedikitpun aku tak mampu membalas semua itu,
dan di saat aku jauh,
aku belajar untuk sembuh.
Tags:
Karya Agung (Puisi)