Instagram : @artotes.co

Ikhlas Dalam Memberi




 

topik ini sangat mendewasakan aku

which is "ikhlas dalam memberi."


pernah tak orang question pada kita, 

kenapa kita tetap buat baik walaupun di perlakukan sebaliknya?

kenapa kita masih membantu, menasihati, sentiasa ada walaupun kita tahu kita tak dapat hal yang sama dari pihak sana.


hanya kerana 

"ikhlas dalam memberi."


sedalam-dalam cinta, 

adalah mencintai yang tidak meminta untuk dicintai.


mencintailah sepenuhnya,

 kerana dengan mencintai, kita happy

jika di balas, itu rezeki 

dan jika tidak di balas

tidak mengapa, dan janganlah pula kita sakit hati


kerana yang memberi akan selalu menang

yang memberi akan selalu tenang

yang memberi akan selalu senang

dan di hujung nanti

yang memberi akan selalu dikenang.


Ikhlaslah dalam memberi,

kerana tanpa kamu sedar,

kamu sedang diberi (rasa tenang) dan dicintai,

oleh kasih-Nya, Ilahi.


“Dan berbuat baiklah, kerana sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik”.

QS. Al-Baqarah: 195


3 Comments

Komen anda amat saya hargai!

  1. Bila kita ikhlas, kita akan BUAT secara HABIS-HABISAN ikut kemampuan. Bukan buat lebih kurang je, itu dinamakan sekadar DIPINGGIRAN untuk mencukupi ayat "janji aku buat". Hanya Allah sahaja yang mampu menilai tahap-tahap keikhlasan kita tu.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas peringatan sis. Insha Allah akan cuba menjadi manusia yang banyak membuat kebaikan

    ReplyDelete
  3. Memberi kerana Allah, ikhlaskan hati kerana Allah tanpa mengharapkan balasan daripada manusia. Kerana sebaik-baik Pemberi adalah Allah SWT. Tiada yg mustahil jika ia dari Allah. Kita beri sikit, Allah boleh beri lebih lagi! :)

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form