Koranggggggggg, Kekja masih menulis Dapur Kekja pada tahun 2024! Alhamdulillah, dengan izin Allah segmen ini bermula 2015. Sudah mencecah 9 tahun kita bersegmen Dapur Kekja. Dah expert memasak ke tu? Dah masak untuk suami dan mertua ke tu? Acewahhh. Suami saya sedang baca blog ni (mungkin) dan dia taktahu pun dia bakal jadi suami saya HAHAHAHAH dan bakal menjadi "tester" untuk setiap segmen Dapur Kekja. Dia taktahu, Kekja pun taktahu siapa HAHAHAH. selalunya orang mengusik kita, harini nak usik diri sendiri hehehk.
Ringkas sahaja untuk Raya Haji 1445H, here we go Dendeng Nyet (Edisi Raya Haji). sebab memang resepi Khairulaming okeh (tiktok).
Bahan :
1. Daging lembu (bukan tulang) - 1 besen (lol)
2. Kicap manis - 1 botol besar
3. Kicap pekat - sekiranya tak cukup hitam (1 sudu makan)
4. Bawang besar - 3biji *
5. Bawang putih - 1 labu *
6. Serai - 6/8 batang *
7. Halia - sebesar ibu jari (1) *
8. Cili kering - 1 genggam *
9. Daun limau purut - 10 keping
10. Asam jawa - 1 sudu makan
11. Cili padi merah - 5 batang
12. Garam, aji - secukup rasa anda ( 1 sudu teh)
Cara masak :
1. Sediakan kuali besar, masukkan air + daging. Rebus sehingga daging lembut (dalam 45 minit)
2. Tapis daging tersebut dan simpan sup daging itu.
3. Potong/ hiris kesemua daging bersaiz sederhana tebal (sebab nanti nak ketuk).
4. Ketuk kesemua daging menggunakan lesung batu.
5. Blander yang bertanda * (blander cili kering + serai + halia terlebih dahulu), dan sedikit lumat baru masukkan geng bawang.
6. Gaulkan daging yang sudah ditumbuk itu bersama kicap manis.
7. Sediakan kuali besar, panaskan minyak masak. Tunggu sehingga minyak panas, goreng sekejap daging tersebut supaya lebih juicy!
8. Tapis daging yang sudah digoreng sekejap itu.
9. Masukkan bahan yang sudah diblander lumat ke dalam minyak panas di dalam sebuah kuali.
10. Kacau, masukkan garam, ajinamoto. Kemudian, masukkan asam jawa. Kacau sehingga pecah minyak.
11. Masukkan daging dan sup daging. Masukkan kicap manis. Tak cukup gelap, boleh masukkan kicap pekat. (kuantiti saya dah sebut dalam bahan di atas).
12. Kacau sehingga sebati, naik minyak. Masukkan daun limau purut dan cili padi merah.
13. Kacau sehingga sebati, biarkan sedikit lama.
Ok. dah siap!
Sedap makan dengan lemang mahupun nasi putih panas/nasi impit!
Akhir kata, selamat menyambut hari raya aidiladha buat seluruh umat islam di seluruh dunia. Semoga segala amalan soleh, diterima Allah swt. In shaa Allah, aamiin ya rabb.
/