Allah izinkan aku melangkah lagi
dan sekarang aku berada di Julai.
Julai aku dimulakan dengan pelbagai perasaan
entah sedih ke
entah keliru
entah mahu apa
entah akal, entah hati, entah perasaan
semuanya seperti saling tidak mahu bersama lagi
membawa haluan sendiri
dia lupa, aku.
semuanya saling berpisah
seperti setiap satu dari aku sedang berpecah
sedang saling tidak mahu bercanda
membawa diri jauh demi mengubati masing-masing
sudah,
tidak mengapa.
aku izinkan masa untuk kalian semua
pergilah membawa masing-masing
jika memang takdir kita,
kita akan bersama kembali membina mimpi-mimpi yang pernah kita sebutkan dulu.
anehnya, semuanya tentang aku.
hanya aku.
Tags:
Karya Agung (Puisi)
Aissh macam sedih puisi nya .. apapun, semoga July ini bisalah ada sedikit kebaikan buat kita semua ya kak 🤗
ReplyDelete