Instagram : @artotes.co

Dapur Kekja : Ikan Kerisi Masak Asam Rebus (Hiris)

 Dulu, Kekja ingat blander lebih senang. Tapi bila dah kerja, rasa macam hiris lebih senang! lol


Assalamualaikum wbt dan kembali lagi dalam segmen Dapur Kekja! Dimana terletaknya segala resepi masakkanku. Kali ini episod, "masak untuk hidup" sebab Kekja dah bekerja alhamdulillah. Rasa tua sangat. Seriuslah baca blog Kekja dari zaman sekolah menengah sampai dah kerja ni? Seriuslah. Serius tak ni? Lamanya relationship kita (drama). 

So here we go, terpaksa share juga sebab simple dan sedap!!

Bahan masak : 

1. Ikan kerisi - 2 ekor

2. Bawang merah - 1 biji *

3. Bawang putih - 4 ulas *

4. Lengkuas - senipis imanmu * (lepastu korang boleh scroll dalam gambar) + halia buat hilang hanyir ikan. 

5. Daun kesum - 2 batang *

6. Cili padi merah - 5 batang * (mengikut kepedasan yang dimahukan)

7. Serbuk kunyit, kiub ayam - 1/2 , garam, ajinamoto, asam jawa - 1 sudu makan

8. Bendi - 2 batang (hiris jugaaa tapi masukkan last sekali, selepas ikan)


Cara masak : 

1. Hiris yang bertanda *

2. Letak periuk atas dapur, masukkan kesemua bahan yang telah dihiris + air ( 2 mangkuk) + buka api.

3. Biarkan mereka mendidih + masukkan 1 sudu serbuk kunyit (nak bagi warna lauk kuning je huhu)

4. Masukkan semua bahan no.7 , kacau sebati.

5. Biarkan mendidih, masukkan ikan yang telah disiang (buang isi perut, sisik)

6. Biarkan mendidih sehingga ikan sedikit masak dan masukkan bendi. 

7. Biar mendidih lama sehingga ikan masak sepenuhnya. Boleh rasa, apa kurang sila tambah. (selalunya kurang masin, tambah garam. eh senang betul memasak lol)


Ok. dah siap!

Hidang bersama nasi panas + timun. Bila kuah cukup masin, memang menghirup! 

/

Bye, see you next post! In shaa Allah. 

1 Comments

Komen anda amat saya hargai!

  1. Lengkuas diiris setipis iman ya kaaaak 🤣🤣🤣🤣🤣. Tergelak saya bacanya hahahaha.

    Tapj benar soal iris mengiris ini. Dulu saya suka blender saja. Skr ini, kalo bisa iris ,better iris. Tak payah cuci Blender 🤣

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form