ketika menulis tentang ini, aku baru lepas menangis berbakul mengenangkan tujuan aku melalui hari-hariku setiap hari untuk apa?
adakah semata untuk bekerja? atau memuaskan hati manusia? atau memenuhi kehendak hawa nafsu sendiri?
ada satu sudut di dalam diriku, mencari jawapan tepat dari segala yang aku cari,
dalam masa yang aku renggangkan untuk dunia,
ternyata aku mencari hati yang cintakan ukhrawi.
membaca kembali penulisan ku sebelum ini,
bermula aku baru kenal dunia,
bertatih dalam menjalani kehidupan jauh dari keluarga,
aku seorang yang begitu tenang dalam kekabutan.
ada ribuan peluang dihadapanku,
yang mampu menolak aku terbang tinggi di pentas dunia ini,
namun,
untuk menjadi apa sebenarnya tujuan aku?
mengejar nama atau jawatan?
mengejar gaji yang banyak atau apa?
dan berbaloikah aku hidup untuk mengejar itu?
itu bukan aku..
walaupun seluruh dunia mengejar dan terus mengejar dunia,
membisikkan pelbagai perkara dunia,
hati aku sering ingin berpaling dari kebanyakkan itu.
dan berkata, bahawa itu bukan aku
bukanlah apa yang sebenarnya aku mahu...
pergilah terbang semuanya,
aku mahu disini saja,
aku mahu syukuri semuanya dahulu sebelum aku merangkul ribuan peluang dihadapanku,
aku tidak mahu lelah dalam merangkul semuanya,
ini sudah cukup Tuhan :)
semoga Engkau cukupkan saja apa yang tidak mampu aku cukupkan lagi, agar semuanya terus mengalir dengan haluan yang baik.
sesungguhnya aku tidak sesekali meragukan rezeki yang telah diaturkan oleh Tuhanku Maha Pemberi Rezeki, Maha Kuasa atas segala sesuatu.
sekalipun aku tidak mahu,
akan tetapi rezeki Tuhan telah tuliskan semua itu milik aku,
maka akulah hamba yang sangat merendah hati dalam mensyukuri setiap satu pemberian-Nya.
" Ya Allah, ini sudah cukup. Aku bersyukur disetiap satu rezeki dan nikmat yang Engkau berikan padaku. Jadikan aku bersyukur lagi sehingga tiada keluhan dibibirku selain pujian kepada-Mu dalam menikmati pemberian-Mu."
Surah Ad-Dhuha, ayat 11
Maksudnya : adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya.
Sejauh mana kita melangkah, jadilah jiwa muda yang cintakan akhirat.
bawalah diri jauh dari keramaian dan dunia,
demi sebuah tempat yang khususnya tercipta buat dunia abadi kita.
jangan hilang langkah,
dunia hanya persinggahan,
akhiratlah tempat abadi kita.
.
salam rindu buat junjungan besar Rasulullah SAW dan para sahabat di atas segala perjuangan dan pengorbanan.
اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
/
wallahualam.
Sejuuuk hati membaca ini ❤️❤️. Agree kak. Dunia ini hanya sementara, nak kita kejar kenikmatan duniawi, sampai akhir dunia pun tak akan puas dan cukup. Kita pasti akan meminta lebih lebih dan lebih.
ReplyDeleteSaya pun lebih memilih rezeki yang cukup, namun bisa bersyukur untuk semuanya, dan hati pula akan merasa tenang. Pada akhirnya hanya akhirat tujuan akhir dari semua target hidup kita.
Akhirat memang harus dicari tapi dunia pun jangan ditinggalkan
ReplyDeleteMoga yg baik 2 sahaja... Utk kita semua...aamiin
ReplyDelete