Instagram : @artotes.co

Dapur Kekja : Ayam Buttermilk (Buttermilk Chicken)

 


guys. dah malam. aku mengantuk tapi nak update jugak sebelum diulit mimpi-mimpi indah. so here, my buttermilk chicken!


Bahan :

1. Dada ayam - potong dadu
2. Tepung bestari original
3. Bawang holland - 1/2
4. Bawang putih - 6 ulas
7. Cili padi merah - 7 batang
8. Buttercup/mentega - 1/2
9. Susu cair - 1 tin
10. Serbuk kari - 1 sudu teh
11. Daun kari - 20 helai
12. Garam, ajinamoto


Cara masak : 

1. Gaulkan dada ayam potong dadu bersama tepung bestari.
2. Panaskan minyak, goreng ayam popcorn itu. Tapis minyak.
3. Kuali panas, masukkan buttercup/mentega. Cairkan!
4. Tumis bawang putih sehingga naik bau dan coklat.
5. Masukkan bawang holland, cili, daun kari dan serbuk kari.
6. Sehingga daun kari layu.
7. Masukkan susu cair - 1 tin
8. Masukkan garam dan ajinamoto
9. Gaul sebati dan kacau sehingga susu masak (menggelegak)
10. Rasa kuah dia. Kurang rasa, tambah garam.
11. Masukkan ayam popcorn tadi. Gaul sebati. 
12. Biar menggelegak sikit dan kuah sedikit pekat.

Siap!

Selamat menjamu bersama nasi panas // 


See you next post, in shaa Allah



1 Comments

Komen anda amat saya hargai!

Previous Post Next Post

Contact Form