Instagram : @artotes.co

Dapur Kekja : Labu Masak Lemak + Ikan Goreng

 #HidanganBujang


Kembali lagi di dalam segmen Dapur Kekja! Bila masuk segmen ni, tak banyak bebel dah. Sebab apa? Sebab lapar dik. Mari kita masak!


Bahan :

1. Buah labu - separuh

2. Bawang besar - 1 labu besar *

3. Bawang putih - 4 ulas *

4. Ikan bilis = 1 genggam *

5. Santan kotak - 200ml (kotak paling kecil)

6. Lada hitam - 1 sudu teh *

7. Garam. aji. Kiub Ayam (1)

8. Daun kucai/ pucuk ubi - 1 ikat


Ikan selar kuning - 1 ekor (buang isi perut, potong 2 bahagian)


Cara masak : 

1. Blander halus semua yang bertanda *

2. Panaskan minyak untuk menumis bahan yang diblander.

3. Masukkan garam, aji, kiub ayam. Terukan menumis dan masukkan 1 mangkuk air panas.

4. Apabila sudah mendidih, masukkan santan 1 kotak.

5. Kacau sehingga santan itu mendidih. dan teruskan mengacau.

6. Boleh rasa, kalau tak ckup masin (tambah garam), tak cukup pedas (tambah serbuk lada hitam).

7. Masukkan daun kucai/ pucuk ubi yang sudah dibasuh dan dipotong pendek-pendek senang nak makan hehe.


8. Sila goreng ikan seperti biasa (Ikan + kunyit + garam lebih sikit+ minyak panas).


Tips : Hidangan ini sedap dimakan bersama nasi putih. Ikan tu bagi ada rasa masin hehe. bersama Sambal Belacan pun sedap juga!


Selamat menjamu!


1 Comments

Komen anda amat saya hargai!

Previous Post Next Post

Contact Form