Membelek peti ais dan rak kecil di dapur, menggabungkan kesemua bahan yang sedia ada. Maka terhasil-lah menu ini. Alhamdulillah, rasa dia ala-ala telur bistik pula huhuhu. Meh cuba resepi ini bersama Kekja!
Bahan masak :
1. Telur - 3 biji
2. Bawang putih *hiris
3. Bawang merah *hiris
4. Cili padi/Cili kampung (merah)
5. Serai - 1 batang
6. Daun limau purut - 6 helai
7. Limau kasturi - 1 biji
8. Garam + ajinamoto
9. Serbuk ayam - 1 sudu besar
10. Sos cili + sos tiram + kicap manis
11. Tepung jagung - 1 sudu teh + air panas (dibancuh)
Cara masak :
1. Goreng telur mata (minyak sedikit banyak) supaya telur gebu dan separuh masak.
2. Asingkan ke tepi telur tersebut.
3. Panaskan minyak/ gunakan minyak goreng telur itu. Tumis bawang yang sudah dihiris. Sehingga bawang putih menjadi kekuningan coklat.
4. Masukkan daun limau purut, cili padi merah.
5. Masukkan sos cili, sos tiram, kicap manis (lebihkan sos cili supaya pedas)
6. Kacau sebati dan masukkan air 1 mangkuk.
7. Masukkan garam + ajinamoto (secubit). Kacau sebati. Masukkan serbuk ayam. Kacau sebati.
8. Masukkan tepung jagung yang sudah dibancuh. Biarkan mendidih, kuah menjadi sedikit pekat. Boleh rasa, jika kurang rasa (tambah serbuk ayam/kiub ayam)
9. Jika kuah sedikit, tambahkan air. jika terlalu cair, tambahkan bancuhan tepung jagung. (you know your thing)
10. Jika kuah sudah cukup rasa, masukkan telur mata dan biarkan mendidih seketika.
11. Pastikan kuah cukup dan sedikit pekat. Kemudian tutup api.
Siap!
Nota : Makan bersama nasi putih + sayur. Selamat menjamu!