dalam kita menanti sesuatu,
tetaplah hargai apa yang masih kita miliki.
walau jalannya perih,
Tuhan tidak pernah menyisih.
rasa yang kita alami,
hanya kita yang tahu
dan Allah lebih tahu segalanya soal isi dan hati.
adakala,
langkah tidak selari
adakala,
ianya berat menghimpit hati.
tahukah kamu?
kita itu diciptakan istimewa tersendiri,
kita tak sama meluah,
kita berbeza cara berhibur dan bergurau senda.
jalan ringkas adalah,
bersamalah yang sekufu denganmu.
agar tidak lelah seumur hidup,
menjelaskan apa yang kamu mahu,
dan dia setuju.
bersyukurlah untuk semuanya
yang bukan untukmu,
bukanlah untukmu
dan yang untukmu,
pasti menemukan jalannya menemui kamu.
hari ini,
kita berdamai sahaja,
biar Allah melaksanakannya
tak mengapa,
ada hari kita perlu menyerah
dan berserah.
dan hari itu adalah,
Hari Ini.